Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

94) PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah keseluruhan projek rumah terbengkalai yang telah dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor mengikut susunan daerah ?

    1. Sehingga 31 Januari 2010, terdapat sebanyak 135 projek terbengkalai  yang  dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 48,623 pembeli. Pecahan  projek  terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

     

    N O

     

    KAWASAN PBT

     

    PROJEK PERUMAHAN

     

    PROJEK KOMERSIAL

     

    PROJEK INDUSTRI

    PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG JUMLAH BIL. PROJEK  

    JUMLA H UNIT

    1 MPK 22 5 1 28 4,134
    2 MBPJ 3 4 7 2,996
    3 MBSA 15 1 1 17 5,210
    4 MPSJ 5 3 8 8,786
    5 MPAJ 10 1 11 2,949
    6 MPKj 11 11 4,150
    7 MPS 9 1 2 12 2,310
    8 MPSp 8 8 3,941
    9 MDKS 9 2 11 7,128
    10 MDHS 5 1 6 12 5,955
    11 MDKlgt 7 2 9 1,032
    12 MDSB 1 1 32
    JUMLAH 105 18 2 10 135 48,623
  2. Sila nyatakan secara terperinci sehingga setakat ini,berapakah projek rumah terbengkalai yang sudah berjaya dipulihkan sejak pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dan manfaat secara langsung kepada rakyat Negeri Selangor ?

    1. Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga kini  Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan sebanyak 20 projek yang melibatkan 7,779 unit dari Mac 2008  sehingga  31  Januari 2010 seperti berikut :

     

    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 Unit
    2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Transhabour Sdn Bhd  

    258 Unit

    3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd  

    28 Unit

    4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan Willow Construction Sdn. Bhd  

    30 unit

    5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd.  

    196 Unit

    6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510 & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak  

    Kansas Corporation Sdn Bhd

     

    220 Unit

    7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd  

    387 Unit

    8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit
    9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd  

    33 Unit

    10 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn. Bhd. JV Tetuan Yayasan Selangor  

    77 Unit

    11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd  

    1,514 Unit

     

     

     

    12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad  

    30 unit

    13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB /Unique Creation  

    580 Unit

    14 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd.  

    512 Unit

    15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd.  

    1,316 Unit

    16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9F, 12, 19

    dan 21

    Talam Corporation Bhd.  

    1,447 Unit

    17 Cadangan Rumah Berkembar  21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2 Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat (MPAJ) Tetuan Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad  

     

    203 Unit

    18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn. Bhd.  

    128 Unit

    19 KOMPLEKS KOTA KAJANG, Mukim

    Kajang, Daerah Hulu Langat

    Tetuan Windhill Development & Construction Sdn. Bhd.  

    100 Unit

    20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn. Bhd.  

    84 unit

    Jumlah Pembeli/Unit 7,779 unit

     

    Kesan daripada pemulihan projek tersebut, penyerahan kunci kepada rakyat dan Sijil Layak Menduduki (CF) ke atas projek tersebut dapat diberikan. Secara langsung, pemulihan projek ini akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Negeri Selangor. Dengan ini, rakyat dapat menduduki rumah tersebut dan tidak  perlu  menyewa seterusnya mengurangkan kos hidup rakyat.

     

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah suntikan dana yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha ini dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi Negeri Selangor ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan semula projek-projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi  Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010. Anggaran kos pemulihan projek sebanyak RM5 bilion diperlukan bagi membaik pulih dan memodenkan perumahan kos rendah di samping menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) pula dijangka sebanyak RM 7 bilion hingga  RM  9 bilion. Walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan dana  tidak  diperlukan  dari  Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing (pembiayaan  sendiri)  seperti  contoh  projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri  Selangor  (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit  rumah  yang lebih menarik dan tinggi nilainya serta membolehkan pembeli  bersetuju  menambah  wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.