Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

87) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah KPI yang telah digariskan untuk kontraktor-kontraktor sama ada di dalam Alam Flora atau Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tahap kerja yang memuaskan dalam pengurusan sampah di Selangor?

  2. Sejak dari Mac 2008 sehingga Mac 2010, berapa ramaikah kontraktor-kontraktor yang di tamatkan terus perkhidmatan mereka dan tolong senaraikan nama-nama mereka?

  3. Apakah langkah-langkah yang akan atau telah diambil untuk menambah baikkan tahap mutu dan keberkesanan kerja-kerja pembersihan kampung dan bandar yang masih berada di tahap yang belum memuaskan?

Lampiran

Tiada Lampiran.