Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
84) TANAH PERKUBURAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan rizab perkuburan untuk orang Islam, orang Cina dan orang India di Batu 3 Mukim Damansara Petaling Jaya Selangor. Berapakah keluasan tanah yang disediakan untuk tapak-tapak perkuburan tersebut?
- Keluasan tanah Perkuburan Islam Batu 3, Mukim Damansara, Petaling Jaya, Selangor adalah seperti berikut :
Tapak Perkuburan Islam : 5.419 ekar Tapak Perkuburan Cina : 3.547 ekar Tapak Perkuburan India : 2.048 ekar
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar sebahagian daripada tanah perkuburan Islam tersebut telah pun di ceroboh?
Kerajaan Negeri Selangor sedar berkenaan masalah itu dan tindakan akan diambil berdasarkan keputusan MMKN 47/31/2006. Status terkini – tindakan pewartaan semula oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling mengikut keluasan baru, sebelum dipagar mengikut sempadan baru.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Sama seperti di SUB (a)