Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

69) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah bercadang untuk menggantikan kawasan tanah rizab Melayu yang telah diduduki oleh bukan Melayu. Berapakah jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah diduduki oleh bukan Melayu ?

    1. Jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah diduduki oleh bukan Melayu yang dikesan setakat ini ialah kira-kira 309.221 ekar, iaitu 130 ekar di daerah Hulu Selangor,  30 ekar di Sepang, 134 ekar di daerah Sabak Bernam dan 15.221 ekar di daerah Klang. Jumlah keluasan bagi 5 daerah lain sedang dikenal

     

    BIL. DAERAH LUAS (EKAR)
    1. Petaling Tiada
    2. Klang 15.221 ekar
    3. Gombak Tiada
    4. Hulu Selangor 130 ekar
    5. Hulu Langat Tiada
    6. Kuala Selangor Tiada
    7. Kuala Langat Tiada
    8. Sepang 30 ekar
    9. Sabak Bernam 134 ekar
  2. Sila senaraikan keluasan tersebut dan lokasinya mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor.

    1. Lokasi kawasan-kawasan yang terlibat bagi 3 daerah tersebut adalah seperti berikut:-

     

     

    BIL. DAERAH LOKASI LUAS (EKAR)
    1. Klang Pulau Indah 15.221 ekar
     

     

    2.

     

     

    Hulu Selangor

    i)    Mukim Rasa

    ii)    Hulu Bernam

    iii)  Ampang Pecah

    iv) Batang Kali

     

     

    130 ekar

     

    3.

     

    Sepang

    Kg.     Sri     Tanjong, Mukim Dengkil  

    30 ekar

     

    4.

     

    Sabak Bernam

    a) Bagan Sekinchan

    b)  Bagan Nakhoda Omar

    74 ekar

    60 ekar

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

    1. Antara langkah-langkah yang sedang dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah tersebut ialah mengenal pasti tanah ganti yang diduduki oleh Bukan Melayu di dalam Rizab Melayu untuk penempatan semula di kawasan Tanah Kerajaan yang belum diberi milik.

Lampiran

Tiada Lampiran.