Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

65) ISU JAIS DAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur dan proses untuk mendapatkan tauliah JAIS?

    1. Prosedur dan proses untuk mendapatkan tauliah MAIS adalah seperti berikut:-

     

    • Berdasarkan peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, seseorang yang ingin memohon tauliah hendaklah memenuhi kehendak berikut:-

     

    1. Beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
    2. Berumur 18 tahun ke atas
    • Sihat tubuh badan dan sempurna akal
    1. Berakhlak dengan akhlak Islam
    2. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah
    3. Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Sanawi atau yang setaraf dengannya
    • Lulus ujian bertulis atau temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa, jika dikehendaki oleh Jawatankuasa
    • Mendapat kebenaran bertulis dari majikan
    1. Bermastautin dalam Negeri Selangor Darul

     

    • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan tauliah dengan lengkap dan mendapatkan cadangan dari mana-mana individu yang mengenali pemohon  serta sokongan dari majikan jika pemohon bekerja, atau sokongan dari Nazir Masjid, Ketua Kampung atau Penghulu di mana pemohon bermastautin, jika pemohon tidak mempunyai pekerjaan

     

    • Permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan gambar pemohon, salinan kad pengenalan dan salinan sijil pengajian pemohon yang telah

     

    • Pemohon hendaklah menghantar borang tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon

     

    • Pihak Pejabat Agama Islam Daerah akan menghantar borang permohonan yang telah lengkap ke Bahagian Dakwah

     

     

     

    • Pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga dan akan ditemuduga oleh panel penemu duga yang dilantik oleh

     

    • Maklumat pemohon akan dihantar kepada pihak berkuasa untuk tapisan keselamatan.

     

    • Permohonan oleh pemohon akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS untuk

     

    • Pemohon akan dimaklumkan sama ada lulus atau sebaliknya selepas mendapat keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah

     

    • Pemohon yang lulus akan diberikan kad
  2. Apakah sikap dan tindakan pihak berkuasa yang melibatkan Institusi Islam di Selangor terhadap kelompok yang dilihat tidak seiring dengan pandangan terutamanya JAIS?

    1. Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah mempunyai Rancangan Tempatan atau Draf Rancangan Tempatan masing-masing yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga Seksyen 15 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

     

    Garis Panduan Pembangunan di dalam Rancangan Tempatan  akan  menetapkan  elemen kawalan pembangunan seperti nisbah plot, kawasan plinth, densiti, keperluan tempat letak kereta dan sebagainya bagi menentukan intensiti setiap jenis aktiviti pemajuan tanah seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan lain-lain. Garis panduan ini dijadikan sebagai asas rujukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi  mengawal pemajuan tanah terutama semasa proses Kebenaran Merancang

     

    Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Manual Garis Panduan dan  Piawaian  Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.27/2007 bertarikh 26hb. September 2007.

     

    Sekiranya terdapat keperluan untuk meminda nisbah plot/kawasan plinth, densiti dan tempat letak kereta dan sebagainya dalam Rancangan Tempatan, peruntukan Seksyen 16 dan Seksyen 16A Akta 172 hendaklah dipatuhi seperti berikut:

     

    • Subseksyen 16(1) Akta 172 menetapkan pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan
    • Jawatankuasa Perancang Negeri juga boleh mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan membuat pindaan terhadap rancangan tempatan masing- masing selaras dengan peruntukan subseksyen 16(2).
    • Subseksyen 16(3), memperuntukan supaya pindaan rancangan tempatan hendaklah selaras dengan Rancangan Struktur Negeri dan proses pindaan hendaklah meliputi proses-proses bantahan, proses siasatan dan pendengaran awam serta dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk pertimbangan

     

     

     

    Kesimpulannya dasar-dasar dan peraturan sedia ada boleh disemak  dan  diselaraskan  dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.