Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
62) TENAGA KERJA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada melaksanakan program mencari dan menempatkan pekerja tempatan dalam sektor perindustrian. Bagaimanakah status dan pencapaian program penempatan pekerja tersebut dan golongan manakah yang menunjukkan minat?
- Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan program Jom Kerja dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor di seluruh daerah di negeri Selangor. Program Jelajah ‘Jom Kerja’ adalah bertujuan untuk menghebahkan peluang pekerjaan yang ada di Selangor kepada masyarakat
Program Jom Kerja telah dijalankan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Klang bermula dari November 2009 sehingga Januari 2010. Sebanyak 21 buah syarikat telah turut serta di dalam program ini. Melalui program Jom Kerja, sebanyak 185 orang telah ditawarkan pekerjaan terus semasa sesi ‘walk in interview’ yang dijalankan. Sejumlah 4,810 orang pengunjung telah memohon pekerjaan dan golongan remaja menunjukkan minat terhadap program ini. Ini dapat diterjemahkan melalui jumlah pemohon di kalangan remaja berumur antara 19 – 25 tahun adalah 4,010 orang (83.37%) berbanding 800 orang(16.63%) pula adalah di kalangan dewasa berumur antara 25 tahun dan ke atas.
-
Selain sektor perindustrian, bolehkah program ini diperluaskan ke sektor pertanian dan perkhidmatan lain?
- Kerajaan Negeri sentiasa mengambil inisiatif untuk membantu pemohon-pemohon pekerjaan mencari pekerjaan dari masa ke semasa tanpa mengira jenis sektor pekerjaan termasuklah sektor pertanian dan perkhidmatan lain. Selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang telah diumumkan pada Mac 2009, 6 projek jangka panjang di dalam pakej rangsangan berperanan untuk memajukan ekonomi melalui pertambahan pelaburan, peningkatan peluang pekerjaan dan pengurusan sumber dengan lebih berkesan.
Penyertaan program jelajah “Jom Kerja” adalah terbuka kepada semua sektor termasuklah sektor pertanian dan perkhidmatan lain. Penempatan pekerja akan dibuat berpandukan kepada permintaan daripada syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja. Penawaran pekerjaan adalah tertakluk kepada keputusan majikan itu sendiri sekiranya pemohon memenuhi kriteria atau kemahiran yang dikehendaki.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan program Òpenempatan pembantu rumahÓ dari kalangan warga tempatan dan berapakah kadar pengangguran di Selangor sekarang?
- Kebergantungan kepada pembantu rumah dari kalangan warga asing adalah disebabkan kesukaran mendapatkan khidmat pembantu rumah warga tempatan yang didorong oleh persepsi bahawa ianya bukanlah suatu pekerjaan yang menarik. Oleh kerana penawaran pembantu rumah warga tempatan agak sukar untuk diperoleh, maka berlakulah kebergantungan kepada pembantu rumah warga
Pewujudan program “penempatan pembantu rumah” dari kalangan warga tempatan perlu diteliti terlebih dahulu dengan mengambil kira kesediaan warga tempatan untuk menjadi pembantu rumah dan bekerja seperti mana khidmat yang diberikan oleh pembantu rumah warga asing.
Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, suatu institusi latihan kemahiran perlu ditubuhkan untuk melatih warga tempatan yang tamat sekurang- kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mereka yang tidak dapat mencari pekerjaan atau menganggur. Pelatih berkenaan diberikan kemahiran sebagai pembantu rumah seperti latihan memasak, melayan tetamu, mengemas rumah, menjaga anak majikan yang bersesuaian dengan adat dan budaya orang Malaysia. Ini bermakna lulusan institut berkenaan diberikan sijil dan apabila diserapkan dalam pekerjaan mereka akan diberikan gaji setimpal dengan kemahiran dan tidak lagi dipanggil pembantu rumah, sebaliknya pengurus rumah tangga.
Berdasarkan Laporan Ekonomi Negeri Selangor 2009/2010, kadar pengangguran telah meningkat kepada 3.6% pada tahun 2009 berbanding 3.3% pada tahun 2008. Peningkatan ini adalah kesan daripada kemelesetan ekonomi global yang melanda Negara pada penghujung tahun 2008. Sektor pembuatan dan perkilangan merupakan sektor utama yang terjejas akibat pengurangan aktiviti import dan eksport Negara. Peningkatan pengangguran juga adalah turut didorong oleh faktor kehilangan pekerjaan dari kalangan yang diberhentikan.