Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
58) POLIS BANTUAN MBPJ
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keberkesanan pasukan polis bantuan yang dibentuk oleh MBPJ bagi menurunkan kadar jenayah dalam kawasan MBPJ dan berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk pelaksanaan pasukan polis bantuan tersebut?
- Keberkesanan pasukan polis bantuan yang dicadangkan oleh Majlis Bandar raya Petaling Jaya belum dapat din9lai kerana masih belum dilaksanakan. Pihak majlis telah mengemukakan permohonan bagi mewujudkan Polis Bantuan pada 26 Februari 2009, namun demikian permohonan tersebut telah ditolak oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 15 Mac 2010. MBPJ telah pun menghantar rayuan semula bagi penubuhan Polis Bantuan tersebut kepada Kementerian Dalam
Secara dasarnya cadangan penubuhan Polis Bantuan ini adalah untuk sama-sama membantu dan menyokong pihak PDRM dalam aspek keselamatan, seperti rondaan di kawasan perumahan, bagi mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Petaling Jaya, bukan bertujuan untuk mengambil kuasa pihak polis. Peruntukan yang telah diluluskan bagi penubuhan Polis Bantuan tersebut adalah sebanyak RM4,239,050.00.
Keadaan yang berlaku buat masa ini, penduduk cenderung mendirikan ‘boom-gate’ dengan pengawal keselamatan dan mengadakan ‘guarded community’ kerana merasakan keadaan persekitaran mereka tidak selamat dan kejadian jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa.
Sehubungan itu, MBPJ telah mengusulkan penubuhan Polis Bantuan, yang mempunyai objektif seperti berikut:
- Untuk memberikan kuasa tambahan kepada Pihak Majlis di dalam menjaga harta benda miliknya dan sebagai membantu tugas-tugas penguatkuasaan yang dilaksanakan pada setiap
- Penubuhannya dipercayai dapat membantu dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan menjaga keselamatan orang
- Melaksanakan secara berkesan rondaan keselamatan di bawah Program Bandar Selamat bersama pihak
- Mengawal dan membantu tugas-tugas eskot untuk operasi tertentu yang berisiko tinggi.
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kerjasama yang erat dengan pihak polis bagi memantau dan mengurangkan kes jenayah dalam kawasan Selangor?
- Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh bekerjasama dengan pihak polis melalui pelaksanaan operasi bersepadu bagi tindakan pihak polis melalui pelaksanaan operasi bersepadu bagi tindakan penguatkuasaan. Majlis Bandar raya Petaling Jaya juga menjemput penglibatan pihak polis sebagai ahli Jawatankuasa Infrastruktur Kesihatan, Perundangan dan Penguatkuasaan di peringkat
Kerjasama erat melalui tindakan bersepadu antara pihak polis, kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, dapat membentuk bagi memantau dan mengurangkan kes jenayah di Negeri Selangor.