Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

48) KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme pungutan sampah yang dilaksanakan oleh PBT agar ianya dapat dipungut mengikut jadual?

    1. Pungutan sampah di PBT adalah berdasarkan kepada jadual kerja yang telah dipersetujui seperti yang termaktub di dalam perjanjian interim yang ditandatangani  dengan  pihak Alam Flora Sdn Bhd (AFSB). Kerja-kerja kutipan sampah ini akan dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja dan pengurus operasi serta penyelia kawasan AFSB akan sentiasa memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh sub kontraktor

     

    Dalam masa yang sama, PBT juga masih memantau kerja-kerja kutipan dan pembersihan yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh AFSB bagi  memastikan kutipan dan pembersihan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

  2. Bagaimanakah proses pungutan sampah yang dilakukan di kawasan kampung Tradisional di kawasan PBT?

    1. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, PBT telah mengelaskan kawasan operasi dan kawasan pentadbiran dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk. Pengelasan ini bergantung kepada bayaran cukai taksiran yang dikenakan kepada penduduk.

     

    Bagi kawasan-kawasan perkampungan tradisional, AFSB akan menggunakan open tipper untuk memungut sampah di pusat-pusat pengumpulan sampah bergantung kepada kelebaran jalan/lorong di kampung-kampung tradisi itu. Sampah-sampah ini  kemudian  akan dihantar ke tapak-tapak pelupusan.

     

     

  3. Apakah tindakan yang dilakukan PBT kepada mereka-mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat dan sekiranya tidak dibanteras ianya akan mengakibatkan pandangan yang tidak baik terhadap PBT?

    1. Di peringkat PBT, mana-mana individu yang dapat ditangkap membuang sampah secara haram akan dikenakan denda, saman dan penalti. Bagi lokasi-lokasi yang dikenal pasti merupakan tapak pelupusan sampah haram akan dilaporkan kepada AFSB untuk diambil tindakan selanjutnya.

     

    Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa pembuangan sampah secara haram merupakan permasalahan yang sukar dibanteras sejak dahulu lagi, namun begitu PBT  masih  membuat tindakan pemantauan berterusan untuk meminimumkan permasalahan ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.