Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
45) ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari Asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
- Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah besar dana zakat kepada asnaf Fisabilillah dan merupakan antara yang terbesar berbanding asnaf-asnaf yang lain. Bantuan yang diberikan meliputi aspek pembangunan syiar Islam seperti pendidikan, pembangunan institusi agama dan program penerapan nilai-nilai
LZS sentiasa menerima banyak permohonan melalui bantuan Fisabilillah, dan tidak semestinya semua permohonan tersebut berjaya kerana berkemungkinan tidak memenuhi syarat dan tidak termasuk di dalam golongan asnaf fisabilillah.
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah RM diterima?
- Rujuk jadual bagi jumlah penerima bantuan dan RM keseluruhan bagi tahun 2009
ASNAF FISABILILLAH Emolumen Kakitangan MAIS Emolumen Kakitangan Baitul Hasanah Emolumen Kakitangan Projek LZS Pengurusan & Pentadbirabn Kakitangan Projek Elaun Guru/Penceramah Bulanan Program Forum/Ceramah Agama Program Outreach Bantuan Persatuan/Badan Kursus Pegawai Masjid Bantuan Penyelidikan/Penerbitan Program Penerapan Nilai-Nilai Islam Elaun Guru KAFA Elaun Bulanan Pegawai Masjid Imbuhan Penolong Pendaftar Nikah Saguhati Kaunselor Sukarela Bantuan Kecemasan Bantuan Kecemasan Banjir Bantuan Kecemasan Ribut Bantuan Kecemasan Kebakaran Bantuan Karpet Masjid/Surau Bantuan Peralatan Masjid/Surau Bantuan Peralatan PA Sistem Bantuan Kecemasan – Utiliti Pembinaan/Baik Pulih Masjid Pembinaan/Baik Pulih Surau Pembinaan/Baik Pulih Surau Sekolah Bina/Baik Pulih Institusi Agama Luar Negara Bina/Baik Pulih Sek. Agama Bantuan Keperluan Sekolah Bina/Baik Pulih Institusi Agama Dermasiswa Hufaz Quran Dermasiswa Pelajar Dalam Negara Dermasiswa Pelajar Luar Negara Dermasiswa Pelajar Cemerlang Dermasiswa Kecil Sek Men Agama Rendah/Tinggi Bantuan Umum Pelajaran Bantuan kepada Kolej Universiti Islam Selangor Agihan Semula 1/3 Kutipan JUMLAH KESELURUHAN FISABILILAH BAGI TAHUN 2009: RM88,032,289.00