Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
43) KAWALAN OPERASI RUMAH URUT DAN JUDI HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah premis Judi Haram dan Rumah Urut Haram yang ditutup pada tahun 2009 hingga kini oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam?
- Maklumat bilangan lesen premis judi haram dan rumah urut yang ditutup pada tahun 2009 hingga kini oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah seperti berikut:
Bilangan Premis Rumah Urut yang dikenakan tindakan sita/tutup padaTahun 2009
BT remis Judi Haram remis Rumah Urut MBSA 2 MBPJ 2 5 -
Apakah langkah Kerajaan Negeri yang lebih efektif untuk mengawal kegiatan Judi haram dan Rumah Urut?
- Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT untuk menjalankan operasi bersepadu bersama pihak Polis, Jabatan Agama Islam, Jabatan Imigresen, TNB dan Operasi tersebut perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan tidak ada pengusaha premis judi haram dan pusat rumah urut yang tidak berlesen menjalankan operasi mereka.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga menetapkan polisi membekukan lesen baru pusat siber dan rumah urut untuk mengehadkan bilangan premis bagi memudahkan pemantauan dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Tindakan operasi bersepadu merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengawal kegiatan tersebut di mana dalam operasi tersebut pihak TNB dan Syabas akan memotong bekalan bagi memastikan premis tersebut tidak akan dapat beroperasi semula selepas operasi dijalankan.