Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
42) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah jangka pendek Kerajaan Negeri bagi memastikan bekalan air di dalam negeri mencukupi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di musim kemarau begini?
Sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi sekiranya berlaku kekurangan bekalan air, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau paras air di empangan dan pengeluaran harian yang dilakukan oleh setiap Loji Rawatan Air. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak SYABAS juga menyediakan kemudahan seperti berikut:-
§ RO Water (5 liter) § Tangki air
§ Tangki statik
= =
27,380 botol 42 unit
− 500 gelen = 137 unit
− 600 gelen = 97 unit − 1,000 gelen = 12 unit § Elephant trunk = 77 unit Kemudahan-kemudahan seperti ini akan dapat membantu pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan bantuan bekalan air disediakan sekiranya berlaku sebarang gangguan ketika kemarau. Selain itu, pemantauan jumlah pengeluaran oleh loji akan dapat membantu pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan air terawat sentiasa mencukupi.
Selain itu juga, Kerajaan Negeri juga bertindak melalui Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif Untuk Bekalan Air Negeri Selangor yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005. Pasukan Petugas ini dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dan pihak LUAS sebagai urus setia.
Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti kolam, tasik, bekas lombong dan juga sumber air bawah tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai sumber air alternatif bagi bekalan air dan seterusnya merangka Pelan Tindakan bagi pengurusan sumber air alternatif tersebut. Jumlah luahan yang mampu dihasilkan daripada kesemua telaga di Negeri Selangor ialah 1.7 juta liter sejam bersamaan 20.4 juta liter sehari. Anggaran jumlah isi padu air kolam yang telah dikenal pasti dan boleh digunakan ialah 57.6 juta meter padu.
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk mewartakan sumber air alternatif dan kawasan tadahan air empangan sebagai zon perlindungan tertakluk dalam Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999.
Manakala pelaksanaan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, contohnya melalui Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (2007-2012) yang mana ia melibatkan salah satu polisi utama iaitu ‘Memastikan Air Mencukupi’. Terdapat dua (2) strategi yang telah dikenal pasti iaitu menambah baik pengurusan permintaan air seperti :
- Mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (Non-revenue water, NRW) dalam sistem pengagihan dengan penggantian meter dan paip lama oleh SYABAS dan menggalakkan kitar semula air dalam sektor industri .
Meningkatkan penggunaan sumber air bumi dengan skim caj dan pelesenan yang dijalankan oleh LUAS. Ini adalah bagi memastikan sumber air di Negeri Selangor ini digunakan secara terkawal dan mampan di samping mengelakkan masalah alam sekitar seperti pemendapan tanah dan penerobosan air masin. Hasil kutipan caj digunakan untuk perlindungan air daripada pencemaran, peningkatan dan pembaikan kualiti air serta pemuliharaan selaras dengan Seksyen 41, Enakmen LUAS