Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
41) BANTUAN KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah mengumumkan program bantuan kesihatan untuk rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Apakah perkembangaan program ini dan berapa orangkah telah mendapat bantuan?
- Program bantuan kesihatan bagi rakyat miskin di Negeri Selangor telah bermula pada Jun 2009. Program ini meliputi bantuan-bantuan seperti berikut:
- Bantuan Dialisis Buah Pinggang : RM 2,000
- Katarak Mata : RM 1200
- Bantuan Pembedahan Kecil : RM 5,000
Sehingga Disember 2009, seramai 20 orang penerima yang layak untuk menerima bantuan. Senarai penerima tersebut adalah seperti berikut:
Jenis Bantuan Jumlah Penerima Jumlah Disalurkan (RM) Dialisis Buah Pinggang
13
RM 22,300
Katarak Mata
3
RM 1,500
Pembedahan Kecil
4
RM 18,300
Lain-lain
(bantuan cermin mata, kerusi
roda, alat bantuan pendengaran dan pembelian kaki palsu
4
RM 7,540
JUMLAH 24 RM 49,640 Selain itu kerajaan negeri juga turut membiayai pembelian sebuah mesin dialisis kepada Haemodialysis Assocsiation Klang yang berjumlah sebanyak RM 41,000.
-
Apakah kriteria melayakkan untuk menerima bantuan ini?
- Kriteria bagi permohonan bantuan kesihatan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan rakyat Negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 5
- Berpendapatan di bawah RM 1,500 (seisi rumah)
- Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau pusat rawatan yang
-
Bolehkah kerajaan negeri memberi jaminan tiada Òpilih kasihÓ untuk menerima bantuan ini?
- Bagi memohon bantuan kesihatan, pemohon perlu mendapat borang program ini di Pejabat DUN, Pejabat Daerah dan kerajaan negeri. Pemohon perlu mengisi borang permohonan tersebut dan mengemukakan borang yang lengkap kepada kerajaan negeri melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN. Ke semua permohonan akan disiasat dan dipertimbangkan. Bagi meluluskan sesuatu permohonan, kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ di mana penerima bantuan ini adalah meliputi semua kaum dan bangsa dalam daerah di Negeri Selangor. Selain itu, tiada permohonan ini juga tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana parti politik bagi meluluskan permohonan.