Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

38) PUSAT KOMUNITI WANITA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Antara program pemberdayaan wanita yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah mewujudkan Pusat Komuniti Wanita. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?

    1. Dalam merealisasikan pemberdayaan wanita Selangor, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita telah merancang mewujudkan Pusat Komuniti Wanita (PKW) di setiap DUN. PKW DUN ini ditubuhkan sebagai satu platform untuk meningkatkan jati diri, ilmu kemahiran, hak dan tanggungjawab serta memberikan pendidikan dari setiap segi. Pusat Komuniti Wanita DUN ini juga disasarkan menjadi   satu wadah untuk mencambahkan segala idea-idea dan memperkembangkan setiap ruang yang ada untuk dikongsikan sesama wanita di DUN tersebut. PKW DUN ini juga boleh menjadi satu simbol dan lambang keberdayaan wanita yang berwawasan, dinamik dan mempunyai jati diri yang tinggi. Aktiviti yang dilakukan di PKW DUN ini meliputi segenap aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tidak terbatas, di mana ia juga boleh menjadi sumber penjanaan kewangan kepada golongan sasaran yang
  2. Berapa banyakkah terdapat pusat-pusat seperti ini di seluruh Negeri Selangor?

    1. Sehingga Disember 2009, Kerajaan Negeri telah berjaya  mewujudkan  sebanyak sepuluh (10) Pusat Komuniti Wanita. Berikut adalah pusat komuniti wanita yang berjaya diwujudkan :-

     

    • Pusat Komuniti Wanita DUN Ijok
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Jeram
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Hulu Kelang
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Kota Damansara
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Sijangkang
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Batu Tiga
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Morib
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Taman Medan
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Selat Kelang
    • Pusat Komuniti Wanita DUN Lembah Jaya

     

     

  3. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?

    1. Dalam memastikan Pusat Komuniti Wanita ini berjaya, Kerajaan negeri telah membekalkan peralatan yang merangkumi aktiviti jahitan dan    Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 15,000.00 kepada setiap PKW yang lulus permohonannya. Berikut adalah senarai barangan yang dibekalkan kepada PKW yang layak:-

     

    • PERALATAN JAHITAN

     

    BIL. PERKARA KUANTITI
    1 Mesin Jahit Lurus Industri 2
    2 Mesin Jahit Tepi Industri 1
    3 Mesin Jahit Sulam 1
    4 Mesin Jahit Serbaguna ( Multipurpose) 1
    5 Meja Potong Kain 1
    6 Kit Jahitan 10

     

    • PERALATAN MASAKAN*

     

    BIL PERKARA PERINCIAN
    1. Chiller 1 pintu
    2. Mixer 20 L @ 5 Kg
    3. Oven Gas 1 Deck, 2 Tray
    4. Working Table Stainless Steel 6’ x 2 ½’
    5. Mesin Mee 1 unit
    6. Rack Tray (Modular)
    7. Freezer 220 L

     

    Seterusnya bagi menjayakan program ini, setiap PKW perlu melantik Penyelia Pusat Komuniti agar program dan aktiviti dapat diselaraskan dan dijalankan dengan baik. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah membelanjakan RM 50,000.00 dengan memberikan kursus Asas Penyeliaan kepada mereka supaya dapat meningkatkan martabat wanita dalam merancang dan membuat keputusan dengan lebih efektif dan tersusun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.