Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
31) BILLBOARDS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?
- Dalam mengawal pemasangan papan iklan luar (Billboard) di Negeri Selangor, terdapat 2 garis panduan yang diguna pakai oleh PBT iaitu:
- Garis panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. (berkuat kuasa 31 Mac 2009) ; dan
- Garis Panduan Perancangan (GP021) Papan Iklan Luar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (bertarikh 16 Januari 2009).
Garis panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Selangor pada 31 Mac 2009 menyatakan kriteria-kriteria bagi mengawal pemasangan struktur papan iklan di semua PBT Selangor merangkumi aspek seperti berikut:
- Syarat yang mewajibkan pengusaha yang ingin mendirikan struktur di atas tanah atau rizab Kerajaan Negeri untuk menyewa tanah tersebut daripada PBT dengan kadar sebanyak 25% dari hasil pendapatan paparan iklan yang diperoleh oleh pemilik struktur; dan
- Struktur yang dibina perlu mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang, Permit Struktur dan Lesen Iklan daripada PBT
Selain daripada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, PBT juga mengguna pakai Garis Panduan Perancangan (GP021) Papan Iklan Luar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia yang merangkumi aspek seperti berikut:
- Keselamatan Awam;
- Kualiti Persekitaran;
- Keselesaan Awam;
- Kandungan Pengiklanan; dan
- Saiz yang dibenarkan berdasarkan
- Dalam mengawal pemasangan papan iklan luar (Billboard) di Negeri Selangor, terdapat 2 garis panduan yang diguna pakai oleh PBT iaitu:
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor terhadap billboards yang masih memaparkan wajah-wajah warga asing yang kadang-kadang membawa imej dan budaya yang bukan melambangkan malah mencemarkan budaya kita?
- Berdasarkan Garis Panduan Papan Iklan Luar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia bertarikh 16 Januari 2009, dinyatakan bahawa paparan wajah warganegara Malaysia diwajibkan dan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 70% atau lebih di dalam papan
Walau bagaimanapun, pengecualian paparan wajah bukan warganegara Malaysia hanya diberikan kepada iklan-iklan tempatan yang mempromosikan pelancongan Malaysia ke negara asing dan juga kepada syarikat-syarikat kembara/pelancongan negara-negara asing.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan mengarahkan semua PBT untuk meneliti semua visual papan iklan sedia ada dan permohonan baru agar ianya bertepatan dengan kehendak garis panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Sekiranya ia tidak bertepatan, maka pengusaha akan dinasihatkan untuk melakukan perubahan yang sewajarnya. Jika pengusaha ingkar maka lesen sedia ada boleh dibatalkan atau permohonan lesen baru tidak akan dipertimbangkan