Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

27) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa ekonomi Negeri Selangor dan adakah Selangor sudah keluar dari kemelut masalah ekonomi ?

    1. Pada tahun 2009, Negeri Selangor telah mencatatkan penguncupan pertumbuhan ekonomi pada tahap 3.8% seiring dengan kemerosotan ekonomi  negara  dan  Kini, ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik dengan pertumbuhan ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik  dengan  pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada suku tahun pertama tahun ini. Hal ini menunjukkan keyakinan pelabur dan peniaga telah mula teguh dan dianggarkan angka-angka pengeluaran daripada sektor-sektor pembuatan dan perindustrian akan terus meningkat. Sektor pembinaan dijangka akan berkembang dengan pertumbuhan dan  sektor  pertanian turut dijangka akn memperoleh manfaat daripada pemulihan ekonomi dan pelaksanaan berterusan akibat suntikan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor. Ekonomi negeri akan merekodkan prestasi sederhana pada tahun 2010 dan dianggarkan akan mencapai pertumbuhan sekitar 2% hingga 3%.
  2. Adakah langkah tambahan yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memulihkan dan memacu ekonomi negeri ?

    1. Dalam usaha untuk merangsang ekonomi negeri Selangor, pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memacu dan memulihkan ekonomi negeri ini. Kerajaan Negeri melalui pembentangan Bajet 2010 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk perbelanjaan negeri dengan jumlah sebanyak RM590.4 juta adalah dikhaskan bagi perbelanjaan pembangunan. Antara program utama yang  telah disediakan adalah seperti berikut:-

     

    1. Pertama – memperluaskan peluang-pelung ekonomi negeri Selangor dengan sumber yang sedia ada;
    2. Kedua – memastikan dan mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat  melalui program MES;
    • Ketiga – menyediakan infrastruktur dan modal 18 insan negeri Selangor bagi memantapkan daya saing Selangor antara negeri dan di peringkat antarabangsa, terutamanya dengan kelebihan Selangor sebagai penggerak ekonomi Malaysia (dan Asia Tenggara); dan
    1. Keempat – meneruskan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dilancarkan pada tahun

     

     

     

     

     

    Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha memastikan pembangunan ekonomi negeri berlandaskan matlamat untuk merakyatkan ekonomi negeri  dan  melaksanakan  ketelusan dalam pentadbiran. Sehubungan itu, Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor telah disediakan untuk menggariskan pendekatan bagi mencapai wawasan dan matlamat Negeri Selangor menjelang tahun 2025 berlandaskan strategi- strategi yang berikut:-

     

    1. Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi;
    2. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;
    • Menyediakan panduan  strategik    mengenai arah dan corak perbandaran dan penggunaan tanah;
    1. Menambah baik tadbir urus;
    2. Menguruskan pembangunan alam sekitar yang mampan;
    3. Memacu pembangunan modal insan; dan
    • Menjana sumber pertumbuhan

     

    Manakala bagi meneruskan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor turut mengambil inisiatif untuk memperuntukkan bajet yang bertepatan dalam melaksanakan projek-projek seperti berikut:-

     

    • Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang;
    • Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai;
    • Pembaharuan aktiviti di bandar melalui pembangunan semula kawasan terbiar di Petaling Jaya dan Klang.
    • Peningkatan hasil tanaman padi;
    • Perluasan sistem pengangkutan; dan
    • Penstrukturan semula industri air

     

Lampiran

Tiada Lampiran.