Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

25) KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini adakah program ini berjaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat atau memberi keuntungan kepada pasar raya hasil jualan beg plastik?

    1. Berdasarkan pemantauan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” oleh Kerajaan Negeri sejak Januari 2010, kempen ini berjaya mengurangkan lebih kurang 2 juta beg plastik dalam tempoh 3 bulan. Ini menunjukkan kempen ini banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang impak penggunaan beg plastik. Walaupun banyak mendapat tentangan daripada segelintir masyarakat, secara beransur-ansur, masyarakat mula menerima dan menyokong kempen ini demi menjamin kepentingan alam sekitar yang berterusan dan mula membawa beg sendiri atau menggunakan beg mesra alam untuk membeli belah. Sekiranya kempen ini diteruskan dalam jangka masa yang panjang, nescaya masalah pencemaran beg plastik di Negeri Selangor berjaya diatasi seterusnya menjadi contoh ikutan kepada negeri yang

    Hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan  disalurkan  kepada  badan-badan kebajikan/NGO alam sekitar dan bukan untuk kegunaan pasaraya itu sendiri. Secara  tidak langsung, masyarakat akan mempelajari untuk tidak menggunakan beg plastik kerana caj lebih akan dikenakan semasa mereka membeli belah. Pasaraya mendapat untung secara tidak langsung dengan pengurangan pembelian beg plastik kerana penggunaannya semakin berkurang.

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memberi kesedaran penggunaan bahan plastik dan alam sekitar kepada rakyat secara menyeluruh?

    1. Kerajaan Negeri akan terus-menerus menjalankan kempen ini selama 6 bulan sebagai tempoh percubaan. Seterusnya, pihak Kerajaan Negeri bersama pengusaha-pengusaha akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti impak daripada kempen tanpa beg plastik ini. Sekiranya kempen ini memberikan impak positif, pelaksanaan peringkat kedua akan diteruskan dengan melanjutkan kempen ini kepada hari-hari

     

     

     

     

     

    LAMPIRAN

    No.    Company Name

    • GCH (M) Sdn Bhd – Giant Hypermart
    • IKANO Sdn Bhd – IKEA
    • Sunway Pyramid Sdn Bhd
    • Magnificient Diagraph Sdn Bhd – Carrefour
    • 99 Speedmart Sdn Bhd
    • GCH Retail (M) Sdn Bhd – Guardian Cawangan Selangor
    • Econsave Cash & Carry (PD) Sdn Bhd
    • Kumpulan Farmasi Vitacare Sdn Bhd
    • The Store Corporation Berhad
    • Parkson Corporation Sdn Bhd
    • 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd
    • Aeon Co (M) Bhd
    • Classic Bonita Sdn Bhd – Elianto, Bonita, Tiamo
    • 1 Utama Shopping Centre
    • Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd
    • Goin’ Places Sdn Bhd – Goin Places Winter Apparel
    • Hektar Premier Sdn Bhd – Subang Parade
    • Able Potential Sdn Bhd (ITMAS) – Aoneplus
    • Action IT Solution Sdm Bd (USJ 19) – Aoneplus
    • Caring Pharmacy Sdn Bhd
    • Tropicana Life Sdn Bhd
    • Tesco Stores (M) Sdn Bhd
    • Planete Enfants Sdn Bhd
    • Mydin Mohamed holdings Berhad
    • IT Hyperstore (M) Sdn Bhd – E@Curve
    • Tiens Health Development (M) Sdn Bhd
    • Golden Screen Cinema Sdn Bhd – 1U, Summit, Tropicana, IOI, Klang Shaw Centre Point
    • HSL E&E Corp (M) Sdn Bhd
    • Yves Rocher Beauty Institute (Subang Parade)
    • Magic Clothing Alterations (Subang Parade)
    • BV Eyecare (M) Sdn Bhd – BetterVision (Subang Parade)
    • Mirac Jaya Sdn Bhd (Subang Parade)
    • Johnson fitness (M) Sdn Bhd (Subang Parade)
    • D&J Collection (Subang Parade)
    • Bintang Retail Industries Sdn Bhd
    • Memory Lane (M) Sdn Bhd (Subang Parade)
    • Speedy Video Distributors Sdn Bhd (Subang Parade)
    • Kilauan Lestari Sdn Bhd (Subang Parade)
    • Memory Lane (M) Sdn Bhd (Sg Chua, Kajang)

     

     

     

    • Pasaraya Badurun
    • Baby Villa Sdn Bhd
    • Baby Cottage Sdn Bhd (Subang Parade)
    • Warta Superstore (Batu Caves) Sdn Bhd
    • EK HARDWARE DIY (M) SDN. BHD
    • SACC Mall
    • Rampai Niaga Sdn Bhd – The Body Shop
    • Pets More Sdn Bhd
    • Kat-Iye Boutique Sdn Bhd (Subang Parade)
    • KK Group – KK Supermart
    • HiTS Collection (SACC)
    • Nando’s (SACC)
    • Turkuaz Sdn Bhd (SACC)
    • Qamilla Collection (SACC)
    • Sunway Giza- Kota Damansara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.