Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

23) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk konsep komuniti berpagar?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Garis Panduan Pembangunan Skim Komuniti Berpagar ‘(Gated Community)’ yang baru telah pun siap dan dicadangkan untuk dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, sebelum ia dibentangkan ke MMKN untuk pertimbangan kelulusan, draf garis panduan tersebut telah pun  diedarkan  kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 9 Mac 2010 yang lepas bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas terakhir. Sehingga kini hanya 2 orang ADUN sahaja yang memberikan maklum balas dan pandangan secara bertulis berkenaan dengan garis panduan ini dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) masih lagi menunggu maklum balas secara bertulis daripada ADUN-ADUN yang lain. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada maklum balas awal mendapati kebanyakan ADUN-ADUN secara  dasarnya telah bersetuju dengan garis panduan baru yang telah

     

    Dengan adanya garis panduan baru sekiranya diluluskan oleh Kerajaan Negeri kelak diharap akan dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mempertimbangkan kelulusan bagi tujuan pembangunan komuniti berpagar itu dan juga skim komuniti berpengawal. Ia secara langsung  akan  dapat  memastikan struktur binaan seperti pondok pengawal tidak membahayakan dan menyusahkan orang awam serta di samping memastikan keseragaman yang dapat mengelakkan kesan yang negatif dari segi visual bandar dan tanggapan orang luar khususnya pelawat luar negara terhadap aspek keselamatan negeri dan negara dalam pelaksanaan konsep komuniti berpagar dan komuniti berpengawal ini.

     

  2. Bagaimanakah garis panduan Kerajaan Negeri akan diselaraskan dengan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

    1. Memandangkan sehingga kini tiadanya satu pun garis panduan khusus berkenaan dengan Pembangunan Komuniti Berpagar yang dikeluarkan di peringkat persekutuan, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan garis panduan khusus bagi pembangunan skim komuniti berpagar sebagai langkah sementara bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya  di  Negeri Selangor dalam mempertimbangkan permohonan sama ada daripada pihak penduduk mahupun

     

    Saya difahamkan di Peringkat Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika ini sedang di peringkat penyediaan garis panduan pembangunan skim komuniti berpagar. Sekiranya garis panduan telah siap kelak ia perlu di bawa ke Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri yang mana ahli-ahlinya turut terdiri daripada semua Y.A.B. Menteri Besar / Ketua Menteri terlebih dahulu untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum ia diguna pakai oleh Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Negeri Selangor. Apabila telah diterima pakai oleh MNKT, Kerajaan Negeri akan menyelaraskan dan menyesuaikan kedua-dua garis panduan untuk diguna pakai di Negeri Selangor.

  3. Berapakah anggaran komuniti berpagar (sama ada dengan atau tanpa kebenaran) yang sedang beroperasi di semua kawasan PBT Negeri Selangor?

    1. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada PBT secara keseluruhannya dianggarkan terdapat sebanyak 338 skim perumahan berkonsepkan skim komuniti berpagar (‘gated community berpagar’) di Negeri Selangor sama ada dengan kelulusan PBT ataupun tidak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 259 skim perumahan berkonsepkan komuniti berpengawal, 1 skim perumahan berkonsepkan komuniti berpagar dan baki sebanyak 78 skim berkonsepkan komuniti berpengawal dan berpagar. Pecahan penuh mengikut PBT  dan kelulusan adalah seperti jadual di bawah:

     

     

    Jadual 1: Anggaran Skim Perumahan Berkonsepkan Komuniti Berpagar (Sama ada Dengan atau Tanpa Kebenaran) Di Semua PBT di Negeri Selangor.

     

     

     

    Bil.

     

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Konsep Komuniti Berpengawal

    (Guarded Community)

    Konsep Komuniti Berpagar

    (Gated Community)

    Konsep Komuniti Berpengawal & Komuniti Berpagar (Guarded & Gated Community)  

     

    Jumlah

    Dengan Kebenaran / Lulus PBT Tiada Kelulusan Permit PBT Dengan Kebenaran / Lulus PBT Tiada Kelulusan Permit PBT Dengan Kebenaran / Lulus PBT Tiada Kelulusan Permit PBT
    1. MBSA 24 62 20 11 117
    2. MBPJ 1 38 39
    3. MPK T.M T.M T.M T.M T.M T.M T.M
    4. MPSJ 57 14 27 98
    5. MPAJ 5 15 20
    6. MPS 6 1 4 11
    7. MPKJ 31 31
    8. MPSp 7 10 17
    9. MDKL 0
    10. MDKS 3 3
    11. MDHS 2 2
    12. MDSB 0
    JUMLAH 74 185 1 38 40 338

    TM = Tiada maklumat diperolehi

     

    (Sumber: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor, 2010)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.