Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

22) BELIA DAN PERANAN ANAK MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri di dalam melibatkan peranan anak muda di dalam proses membuat polisi dan dasar kerajaan?

    1. Golongan belia merupakan nadi kepada pembangunan negeri Selangor. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira peranan  dan penglibatan anak muda dalam proses membuat polisi  Kerajaan    Meskipun begitu penglibatan golongan belia dalam menggubal polisi tidak dilaksanakan secara terus. Antara kaedah yang sering diguna pakai adalah mengadakan pertemuan atau pun melalui sesi dialog bersama golongan belia untuk mendapat input serta maklum balas yang boleh dipertimbangkan bersama dalam membuat, merangka polisi Kerajaan Negeri.
  2. Bagaimanakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran sivik generasi muda di dalam membawa perubahan kepada masyarakat?

    1. Kerajaan Negeri sedar bahawa pembangunan pesat telah banyak mengubah gaya hidup golongan belia, yang negatif seperti kurang kesedaran sivik. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah dan sedang mengadakan program- program kemasyarakatan seperti program ‘Youth In Community’. Program ini berkonsepkan gotong-royong bagi mewujudkan rasa hormat-menghormati serta rasa bertanggungjawab. Kerajaan Negeri turut memperkenalkan program SPIES bagi memantapkan rohani dan meningkatkan sahsiah belia.  Kaedah-kaedah  yang melibatkan fizikal dan rohani ini dapat membantu para belia untuk meningkatkan kesedaran

Lampiran

Tiada Lampiran.