Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
21) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kegiatan mesin judi makin berleluasa di Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan bagi mengatasi masalah begini?
Merujuk statistik pada tahun 2009, pihak penguat kuasa MPK mengenal pasti 28 buah premis pusat siber tidak berlesen dan 34 sitaan dikenakan pada semua premis yang dikenal pasti menjalankan perniagaan pusat siber di sekitar Pelabuhan Klang. Sebanyak 370 unit set komputer telah disita sepanjang operasi sitaan dijalankan dari bulan Januari sehingga Disember
-
Adakah pihak PBT sudah dibeli supaya tidak mengenakan tindakan ke atas pengusaha kedai mesin judi?
Untuk makluman, pihak MPK tiada kepakaran bagi mengenal pasti permainan komputer mesin judi seperti pihak polis. Pihak MPK hanya menjalankan tindakan ke atas premis yang menjalankan aktiviti mesin judi ini di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007. Pihak penguat kuasa MPK sering kali menjalankan operasi bersepadu bersama pihak polis IPD Klang bagi mengatasi masalah kedai video game di sekitar daerah