Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

20) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri ada bercadang untuk mewujudkan skim mikro kredit untuk membantu golongan miskin berniaga. Apakah status pelaksanaan cadangan tersebut ?

    1. Cadangan pelaksanaan program mikrokredit ini telah dibentangkan di Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Mac 2010 dan berdasarkan jadual skop pelaksanaan kerja pelancaran program akan diadakan pada bulan  Mei
  2. Apakah ada program lain yang boleh membantu golongan miskin Bandar di Selangor?

    1. Banyak program telah dilaksanakan di pihak Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin bandar. Di antara program-program yang dilaksanakan adalah program agihan barangan keperluan harian, skim bantuan pelajar miskin,  program kembali ke sekolah iaitu program subsidi barangan keperluan sekolah, bantuan subsidi tambang bas dan program-program sedia ada lain seperti program kemahiran teknikal, program peralatan ‘Blueprint’ dan program perumahan rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.