Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
124) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah objektif utama penubuhan sekretariat tersebut ?
Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor di tubuh untuk membela nasib peneroka yang selama ini menghadapi pelbagai masalah hak milik tanah serta pemberian tanah.
Task Force ini juga akan menasihati kerajaan negeri tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi menentukan bahawa masyarakat Felda di Selangor mendapat kebaikan dan juga penambahan pendapatan ataupun peningkatan aset dari penglibatan mereka yang sudah berpuluh tahun bersama Felda.
-
Sila perjelaskan bagaimanakah Sekretariat Task Force Felda ini dapat membantu para peneroka Felda di Negeri Selangor ?
Tumpuan diberikan kepada tiga rancangan utama bagi golongan peneroka Felda di negeri Selangor iaitu pemberian hak milik tanah kepada peneroka, pembinaan rumah mampu milik dan juga penamatan status tanah berkelompok.
Pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan telah beroperasi lebih setahun lalu untuk mengkaji dan meneliti semula Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini.
Dari siri dialog dan pembentangan yang dianjurkan, ianya akan menjurus kepada pelan tindakan terhadap rancangan pembangunan Felda bagi generasi kedua peneroka di penempatan terbabit dengan mengambil kira kebanyakan kawasan terbabit akan menjadi kawasan bandaran, bukan lagi kawasan perladangan bagi menyajikan pelbagai peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang mampu meningkatkan ekonomi setiap keluarga peneroka.
-
Sila senaraikan nama Ahli- Ahli yang telah dilantik ke dalam Sekretariat tersebut dan butir-butir mengenai latar belakang mereka ?
Ahli-ahli Sekretariat Task Force adalah terdiri daripada pakar perundangan yang bernaung di bawah Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar YB Elizabeth Wong. Pengerusinya ialah En. Shamsul Iskandar Md Akin.