Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

114) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi bilangan anak yang telah berdaftar dan wang yang telah dicarum oleh kerajaan ke dalam tabung ini?

    Sehingga 30 Jun 2011 bilangan anak yang berdaftar dalam Skim TAWAS ialah seramai 49,704 orang .

    Dana yang diperuntukkan ialah RM8.5 juta dan yang dicarum sebanyak RM2,733,600.

  2. Apakah perkembangan terbaru terhadap beberapa langkah cadangan seperti tabung Òreserve fundÓ, peruntukan aset-aset sumber tanah komersial dan permohonan status pengecualian cukai daripada LHDN untuk memastikan pulangan melebihi RM1,500?

    Perkembangan terbaru terhadap beberapa cadangan adalah:

    1. Membuat cadangan mohon dana berjumlah RM42 juta untuk tabung ‘reserve fund’ dan menunggu kelulusan belanjawan dari Perbendaharaan.
    2. Mengenal pasti dan membuat permohonan aset sumber tanah komersial.
    3. YAWAS sedang mendapatkan kelulusan Ahli Pemegang Amanah untuk melantik seorang lagi calon Ahli Lembaga Pemegang Amanah seperti yang disyaratkan oleh LHDN untuk menghantar permohonan untuk mendapatkan status pengecualian cukai pendapatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.