Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
92) MIMBAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan peserta yang telah Berjaya?
Peserta yang telah berjaya dan telah diluluskan permohonannya adalah sebanyak 1,048 orang keseluruhannya.
-
Bilangan peserta Berjaya mengikut pecahan kaum?
Bilangan peserta berjaya mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:
BIL ETNIK/KAUM PERMOHONAN DITERIMA PESERTA BERJAYA PERATUSAN (%) BERJAYA 1 MELAYU 4,458 943 89.90 2 INDIA 744 79 7.54 3 CINA 157 25 2.39 4 ORANG ASAL 1 1 0.10 JUMLAH 5,360 1,048 100.00 -
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibayar dan apakah kriteria utama kelulusan permohonan MIMBAR?
Jumlah peruntukan yang telah dibayar kepada peserta adalah RM1,889,000.00 untuk 755 orang sementara RM857,000.00 lagi untuk 343 peserta akan dibayar setelah dana yang diterima boleh digunakan. Kriteria utama kelulusan permohonan MiMBAR adalah seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan antaranya:
1) Pendapatan seisi rumah kurang dari:
i) RM1,500 tanpa anak,
ii) RM2,500 berkahwin anak kurang 3
iii) RM3,000 berkahwin anak lebih dari 3 orang
- Warga Malaysia berusia 21-60 tahun.
- Warga Selangor/bermastautin lebih 10 tahun
- Memiliki aset tidak melebihi RM50,000
- Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
- Mengikuti syarat-syarat program yang telah ditentukan
- Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
- Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
- Wajib menghadiri latihan MiMBAR dan menyertai program susulan ‘Rangkaian MiMBAR’
- Kawasan bandar yang tiada ketua kampung.
Di samping itu, kriteria utama lain termasuk juga;
- Ibu tunggal atau ibu tinggal
- Warga Negeri Selangor (K/P nombor 10 atau 43 di tengah-tengah)
- Keluarga yang besar atau mempunyai tanggungan yang ramai
Peserta yang jujur dan benar-benar ingin mengubah nasib seisi keluarga