Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
55) KERAJAAN AMBIL ALIH TANAH PJS 1
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Arahan mengambil alih tanah di PJS 1 seluas 11ekar telah dibuat. Nyatakan tanah mana yang dimaksudkan dan jenis pembangunan yang akan dibina.
Tanah yang dimaksudkan adalah Lot 32460 hingga Lot 23471, Lot 37199, Lot 851, PT.7233, PT.7188, PT.15357, Lot 65002 dan Lot 65004, Mukim Petaling & Bandar
Petaling Jaya, adalah merupakan tanah milik Tetuan Lee Man Construction Company Sdn. Bhd dan Tetuan Kembar Empat Sdn. Bhd. Pembangunan yang akan dibina di atas tanah berkenaan adalah pembangunan bercampur yang terdiri daripada pembangunan Rumah Pangsa Kos Rendah, Pangsapuri Kos Sederhana, Rumah Kedai, Kedai Pejabat dan Kompleks Perdagangan.
-
Adakah tapak kondominium terbabit dalam tanah yang akan dirampas serta bilakah arahan Ôstop workÕ akan diangkat?
Tapak-tapak terlibat yang telah dikeluarkan Notis 7A ( Notis Pelanggaran Syarat Tanah) adalah tapak-tapak untuk pembangunan Rumah Pansa Kos Rendah, Pangsapuri Kos Sederhana, Rumah Kedai, Kedai Pejabat dan Kompleks Perdagangan sahaja. Pihak Majlis Bandar raya Petaling Jaya telah mengeluarkan ‘Notis Berhenti Kerja’ pada 30 Mei 2011.