Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
48) FLAT TERBIAR DAN LONGGOKAN SAMPAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pada 7 Jun 2011, ADNS Bangi melawat rumah pangsa Blok C Jalan BM 2/12 Bandar Bukit Mahkota berikutan aduan penduduk. Mengapakah dewan bawah bangunan tersebut yang terbakar dibiar dengan longgokan sampah di dalamnya?
JMB bertanggungjawab untuk menyenggara dan menjaga keselamatan bangunan.
Kawasan pemajuan ini telah ditubuhkan JMB pada 06/04/2008 dan dikenali sebagai JMB Pangsapuri Nuri. Kawasan pemajuan ini terdiri daripada 8 buah blok iaitu Blok A hingga Blok H (796 unit). Pangsapuri Nuri ini telah diuruskan oleh Hokawai & Associates (COB tiada rekod mengenai kontrak Ejen Pengurusan ini). Pada 01/04/2009 Pengerusi JMB telah meletak jawatan dan diikuti dengan beberapa AJK.
COB telah mengeluarkan surat arahan pada 13/05/2009 mengarahkan Ejen Pengurusan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk melantik pengerusi tetapi tiada EGM yang dijalankan oleh Ejen Pengurusan sehingga kini. COB juga pada 28/06/2011 telah mengeluarkan surat arahan untuk Ejen Pengurusan mengadakan AGM kerana terdapat aduan dari AJK JMB yang juga telah meletak jawatan menyatakan AGM tidak pernah diadakan dari tahun 2009 hingga kini.
-
Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan di sini?
Sama seperti di SUB(a)
-
Adakah pihak MPKj memantau dari segi kebersihan dan keselamatan bangunan?
Sama seperti di SUB(a)