Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
47) INDUSTRI PENANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai keluasan bendang yang masih diusahakan oleh para petani di kawasan Sekinchan khususnya dan Negeri Selangor amnya ?
Keluasan bendang bagi Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang masih diusahakan oleh para petani adalah seperti berikut :
Bil. Blok Pengairan Keluasan (ha) 1. Sawah Sempadan 2,320.90 2. Sungai Burong 2,978.59 3. Sekinchan 1,995.66 4. Sungai Leman 1,959.02 5. Pasir Panjang 1,260.37 6. Sungai Nipah 2,215.43 7. Panchang Bedena 3,125.94 8. Bagan Terap 2,452.62 Jumlah 18,308.53 -
Sila nyatakan purata pengeluaran hasil padi bagi setiap bendang yang berkeluasan 1.2 hektar di Sekinchan jika dibandingkan dengan Negeri - Negeri yang lain ?
Purata pengeluaran hasil (musim 2/2010) bagi setiap kawasan adalah seperti berikut :
Bil. Blok Pengairan Purata Hasil (tan/ha) 1. Sawah Sempadan 5.87 2. Sungai Burong 5.64 3. Sekinchan 8.46 4. Sungai Leman 6.20 5. Pasir Panjang 6.11 6. Sungai Nipah 5.36 7. Panchang Bedena 3.53 8. Bagan Terap 6.31 Jumlah 5.82 Berikut adalah perbandingan pengeluaran hasil padi di negeri-negeri lain bagi musim 1/2010 :
Kawasan Keluasan Bertanam (ha) Purata Pengeluaran Hasil (tan/ha) MADA 96,556 4.8 KADA 24,071 3.7 IADA Krian Sungai Manik 26,594 3.1 IADA Barat Laut Selangor 18,743 5.5 IADA Pulau Pinang 10,305 5.6 IADA Seberang Perak 8,233 4.0 IADA KETARA 4,923 5.1 IADA Kemasin Semerak 1,780 3.0 Jumlah 191,205 4.35 -
Sila nyatakan apakah penyakit padi yang sering menyerang tanaman padi sehingga akhirnya para petani mengalami kerugian ?
Penyakit padi yang sering menyerang tanaman padi ialah serangan bintik perang, karah, reput tangkai dan hawar seludang. Pada musim 1/2010 bintik perang telah menyerang seluas 653.5 ha, karah sebanyak 204.1 ha, hawar seludang sebanyak 203.25 ha dan reput tangkai sebanyak 10.53 ha.