Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

46) SKIM TABUNG ANAK LADANG PEKERJA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penduduk Selangor memohon dan berapakah telah terima skim tabung anak ladang pekerja? Sila jelaskan mengikut DUN.

    Pada tahun 2008, 102 pelajar dari kalangan anak-anak pekerja ladang telah ditaja oleh oleh Kerajaan Negeri melalui Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang untuk menjalani latihan kemahiran di Kolej Antarabangsa Inpens. Pada tahun 2009, hanya 52 orang ditaja untuk latihan kemahiran yang sama dan pada tahun 2010 seramai 116 orang pelajar. Pada tahun 2011, sehingga bulan Jun seramai 97 telah ditaja.

  2. Apakah kemudahan/kewangan yang mereka dapat?

    Kemudahan yang mereka perolehi semasa menjalani latihan di Kolej Inpens adalah yuran pengajian mereka ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 6550 selama 6 bulan dan penginapan di asrama turut di sediakan. Selain itu, pelajar yang ditaja akan menerima wang saku sebanyak RM 150 setiap bulan semasa menjalani latihan kemahiran tersebut.

    Di samping tajaan pelajar ke Inpens, tabung ini turut memberi bantuan tambang bas sekolah kepada anak-anak pekerja ladang kerana kebanyakan keluarga mereka tidak mampu membayar yuran tambang bas sekolah. Program ini bermula pada tahun 2009 di mana 172 orang pelajar yang tinggal di ladang-ladang seluruh Selangor diberi bantuan ini sebanyak RM 50 sebulan selama 5 bulan. Pada  tahun 2010, seramai 553 orang pelajar di ladang-ladang telah dibantu di bawah skim bantuan tambang bas sekolah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.