Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

35) POKOK-POKOK LAMA DI DALAM SELIAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Telah terjadi di sekitar Lembah Klang yang pokok-pokok lama telah tumbang dan menghempap kenderaan yang melalui atau parkir di kawasan tersebut bila tibanya musim hujan. Permasalahan ini boleh menyebabkan kepada kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Adakah pokok-pokok lama yang ada di dalam Negeri Selangor ini di kawal selia secara terperinci oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Jabatan Taman dan Rekreasi setiap PBT sentiasa berusaha untuk memastikan pokokpokok tersebut di kawal selia dan diselenggara dengan melakukan pangkasan dan penebangan jika perlu ke atas mana-mana pokok yang didapati boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Namun demikian, Majlis tidak dapat melaksanakan penyelenggaraan secara menyeluruh disebabkan oleh kekangan kewangan dan juga kekurangan kakitangan teknikal dan luaran, peralatan kerja serta jentera bagi melaksanakan selenggaraan tersebut. Tindakan perlaksanaan selenggaraan terpaksa dibuat mengikut keutamaan di mana penilaian dibuat berdasarkan keadaan semasa pokok-pokok tersebut yang paling berisikokepada keselamatan harta benda dan orang awam.

  2. Bagaimanakah bentuk caranya pengawalan seliaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Pihak Berkuasa Tempatan sedang berusaha untuk membuat perancangan tahunan bagi menyelenggara dan mengawal selia semua pokok-pokok yang terdapat di seluruh kawasan pentadbiran Majlis masing- masing dan akan memohon peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan selenggaraan tersebut. Selenggaraan yang telah dibuat akan direkod dan penjadualan kerja-kerja kawalselia dan selenggaraan perlu dirancang setiap tahun.

  3. Nyatakan kawasan yang telah di kawal selia oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya di dalam Daerah Klang?

    Kawasan atau zon-zon yang terlibat dan dikawal selia oleh pihak Majlis Perbandaran Klang dan terletak di dalam daerah Klang adalah seperti berikut:-

    1. Kota Alam Shah
    2. Kota Anggerik
    3. Andalas
    4. iSungai Pinang
    5. Selat Klang
    6. Sementa
    7. Pelabuhan Klang
    8. Meru
    9. Pandamaran
    10. Dun Batu 3

Lampiran

Tiada Lampiran.