Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

29) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Selangor mengeluarkan bantuan kepada sekolah-sekolah rakyat. Setakat ini berapakah sekolah yang menerima bantuan dari Kerajaan Selangor?

    Jumlah bilangan sekolah yang menerima Bantuan Pendidikan dari Kerajaan Negeri mengikut tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti beriktu:

    Tahun Bilangan sekolah (buah)
    2009 146
    2010 250
    2011 *121

    Nota: (*) Jumlah bilangan sekolah yang menerima bantuan pendidikan setakat Jun 2011.

  2. Dengan kaedah bantuan yang dibuat berapakah jumlah bantuan yang diberi sejak 2009?

    Jumlah bantuan yang diberikan sejak tahun 2009 hingga 2011 adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Peruntukan Bantuan Pendidikan
    2009 RM 6,000,000.00
    2010 RM 6,000,000.00
    2011 RM 6,000,000.00
    Jumlah RM 18,000,000.00
  3. Adakah bantuan ini bersifat tahunan bagi setiap sekolah atau tidak?

    Bantuan pendidikan adalah bersifat tahunan bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang beroperasi di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.