Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

25) SISTEM DIGITAL TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini cadangan perlaksanaan sistem digital tanah dan bilakah ianya akan dimulakan ?

    Sistem Digital Tanah atau Land Bank Library System (LBLS) telah mula dilaksanakan pada Februari 2011. Semua rekod hakmilik dan suratcara yang terlibat dalam urusniaga dan bukan urusniaga di Pejabat Tanah Galian Selangor akan di imej untuk disimpan secara imej digital. Data ini boleh dicetak semula untuk tujuan jualan dokumen Salinan Akui Sah dalam tempoh 5 minit. Kaedah sekarang memerlukan tempoh sehingga 1 minggu untuk mencari semula dokumen tersebut. Kesemua rekod fizikal tersebut akan dipindahkan ke Pusat Rekod di Tingkat 2, Stadium Shah Alam. Sehingga kini, sejumlah 34% (6.9 juta) daripada 20.3 juta muka surat dokumen telah diproses.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi menjayakan perlaksanaan sistem tersebut ?

    Bagi tujuan pemprosesan dokumen dan Land Bank Library System (LBLS), kos yang terlibat adalah berjumlah RM 4.7 juta dan RM8 juta untuk tujuan Pembangunan dan Pembinaan Pusat Rekod seluas 80,000 kaki/persegi di Stadium Shah Alam.

  3. Sila huraikan dengan detail perbezaan kebaikan dan kelemahan yang bakal dihadapi setelah sistem tersebut dijalankan ?

    Kebaikan yang akan diperoleh daripada sistem ini adalah seperti berikut:

    1. Memudahkan pengurusan dokumen – Merekod keluar masuk dokumen hakmilik, suratcara dan pencarian imej.
    2. Memudahkan rujukan kakitangan, pemilik tanah, pemilik berkepentingan, pihak bank, pihak peguam sekiranya terdapat masalah berkaitan.
    3. Memudahkan untuk mengesan dokumen hakmilik dan surat cara.
    4. Menambahbaikkan sistem keselamatan rekod melalui kawalan kata laluan masuk.
    5. Menambahbaikkan dan mempercepatkan urusan orang awam dari segi proses permohonan salinan sah Dokumen.  Tempoh permohonan salinan sah hakmilik dan suratcara dapat dipendekkan daripada 1 minggu kepada 5 minit.
    6. Laporan yang lebih komprehensif dapat disediakan (Laporan pengguna, pendaftaran dokumen, pergerakan dokumen, permohonan dokumen, laporan dokumen hilang)

Lampiran

Tiada Lampiran.