Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

23) KEMUDAHAN WIFI MELALUI DUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lokasi perkhidmatan WiFi seluruh Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?

    Perkhidmatan Wifi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah Wifi Percuma di seluruh Selangor secara berperingkat. Lokasi perkhidmatan WiFi di seluruh Negeri Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak lapan(8) lokasi dikawasan luar (outdoor) dan separa luar (semi outdoor) manakala selain itu adalah di kebanyakan lobi dan kaunter perkhidmatan Kerajaan Negeri serta agensi.

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam menjadikan pusat khidmat ADUN hub perkhidmatan WiFi menurut DUN?

    Penetapan lokasi WiFi oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang diambilkira adalah di kawasan-kawasan yang mempunyai banyak tumpuan, tarikan dan konsentrasi aktiviti komersil atau aktiviti penduduk seperti:

    1. Lobi atau kaunter di premis-premis kerajaan.
    2. Medan-medan selera PBT.
    3. Kawasan riadah / taman awam / dataran awam.
    4. Hub pengangkutan awam seperti terminal bas, kenderaan awam, stesen LRT, komuter.
    5. Kawasan institusi pendidikan / pengajian tinggi / kolej.
    6. Premis-premis perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
    7. Masjid / surau.
    8. Pusat khidmat, balai JKKK, perpustakaan, pusat komuniti, dewan orang ramai/serbaguna, Pusat Siber Rakyat (PSR).
    9. Taman perumahan dan kediaman kos rendah dan sederhana rendah.
    10. Premis-premis perniagaan, restoran dan kedai-kedai

    Sehubungan dengan itu sekiranya pusat khidmat DUN memenuhi keperluan dan kriteria seperti yang dinyatakan di atas, maka pusat khidmat DUN boleh menjadi salah satu hub perkhidmatan WiFi tersebut. Namun pusat khidmat DUN boleh juga mengambil inisiatif sendiri dengan memasang kemudahan internet (streamyx atau Unifi) dan memberikan kemudahan ini digunakan orang ramai.

  3. Berapakah lokasi perkhidmatan WiFi percuma yang boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi setiap DUN di seluruh Selangor?

    Merujuk kepada jawapan kepada soalan (b) di atas, maka bilangan lokasi WiFi bagi setiap DUN akan berubah-ubah berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan. Setakat ini Kerajaan Negeri melihat kepada mekanisma pembahagian zon mengikut pecahan kawasan pentadbiran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan kampung-kampung di Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.