Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

18) KONTRAK PEMBERSIHAN DI PBT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Pihak Berkuasa Tempatan PBT akan mengambil alih sepenuhnya kerja- kerja pembersihan dan kutipan sisa pepejal dari Alam Flora?

    Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor akan melakukan pengambilalihan terhadap kerja-kerja pembersihan awam mulai 1 Ogos 2011. Manakala bagi kerja-kerja pengurusan sampah ia masih terletak di bawah pengurusan pihak Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB).

  2. Senaraikan tarikh pengambilalihan kerja-kerja pembersihan bagi setiap PBT di Negeri Selangor (PBT) [jika ada.]

    Keputusan daripada mesyuarat khas yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, mesyuarat telah mempersetujui agar pengambilalihan kerja-kerja pembersihan awam dilakukan pada 1 Ogos 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.