Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

12) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada awal bulan Jun 2011, YAB Dato MB mengumumkan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian. Berapakah tanah berstatus TOL dalam negeri Selangor?

    Berikut jumlah tanah berstatus TOL di Negeri Selangor yang telah diberi kebenaran menggunakannya mengikut pecahan daerah :

    BIL DAERAH BILANGAN TANAH TOL
    1. KLANG 1,115
    2. SABAK BERNAM 250
    3. GOMBAK 594
    4. HULU SELANGOR 366
    5. PETALING 60
    6. HULU LANGAT 1633
    7. KUALA SELANGOR 26
    8. KUALA LANGAT 279
    9. SEPANG 125
      JUMLAH 4,448
  2. Apakah syarat-syarat bagi penduduk rumah setinggan untuk memohon geran dengan bayaran premium RM1000 di bawah skim ini?

    Syarat-syarat bagi penduduk rumah setinggan untuk memohon geran dengan bayaran premium RM1,000.00 di bawah skim ini antaranya :-

    1. Memenuhi syarat-syarat kelayakan memiliki tanah seperti mana yang terkandung di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
    2. Permohonan bukan di atas tanah-tanah baru (virgin land).
    3. Permohonan bukan melibatkan tanah rizab atau tanah-tanah yang tidak layak diluluskan hak milik.
    4. Pengusaha asal yang telah mengusahakan atau menduduki tanah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari 2008.

    Kawasan yang dipohon bersesuaian dengan zoning yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perancang dan dengan sokongan dari Jabatan Teknikal yang berkaitan

Lampiran

Tiada Lampiran.