Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

4) PENCEMARAN AIR DI TASIK CEMPAKA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada 9 Jun 2011 berlaku pencemaran air di Tasik Cempaka menyebabkan kematian hampir 30000 ikan. Apakah yang menyebabkan berlaku pencemaran di tasik berkenaan?

    Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas kejadian pencemaran yang berlaku pada 9 Jun 2011, pencemaran Tasik Cempaka tersebut berlaku akibat daripada bahan buangan yang tidak diketahui puncanya. Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, buangan tersebut bukan berpunca daripada industri di Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Siasatan juga mendapati ikan mati hanya berlaku di sebahagian kecil tasik berkenaan. Tiada ikan mati ditemui di bahagian-bahagian lain tasik tersebut dan juga di dalam Sungai Air Hitam sebelum mengalir masuk ke  tasik dan selepas keluar dari  tasik berkenaan. Adalah disyaki buangan yang menyebabkan ikan mati tersebut dicampak ke dalam tasik.

  2. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar?

    Jabatan Alam Sekitar telah mengambil sampel air Tasik Cempaka pada tarikh siasatan dijalankan dan sampel air tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Walau bagaimanapun keputusan analisa kimia tersebut belum lagi diperolehi. Selain dari itu, Jabatan Alam Sekitar akan terus memantau kualiti air tasik tersebut secara berkala.

  3. Adakah kaedah bagi menghalang pencemaran terus berlaku?

    Bagi menghalang pencemaran dari terus berlaku, aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab seperti pembuangan bahan buangan ke dalam tasik perlu dicegah dan dipantau. Di peringkat Jabatan Alam Sekitar, pemantauan dan penguatkuasaan ke atas industri dan punca-punca yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya akan terus dipertingkatkan.

    Bagi punca-punca lain, Jabatan Akam Sekitar akan terus menggesa dan berkerjasama dengan agensi-agensi lain  bagi mengambil tindakan di bawah bidangkuasa masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.