Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

1) LAMAN WEB RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nilai tambah yang sedia dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mensinergikan laman-laman web ADUN seluruh Selangor dengan laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor?

    Objektif Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah :

    1. Penyampaian maklumat yang mudah dan cepat – memudahkan rakyat mendapatkan informasi mengenai wakil rakyat mereka hanya dengan mencapai laman web rasmi kerajaan negeri tanpa perlu mencari di internet atau menelefon pejabat dewan
    2. Maklumat Tepat dan Telus – segala informasi mengenai ADUN seperti nama, kawasan, alamat pejabat, no telefon pejabat, alamat rumah dan email. Ada juga diantara ADUN yang meletakkan no telefon bimbit dan blog di dalam informasi tersebut.

    Sasaran Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah untuk seluruh dunia, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Selangor khasnya.

    Berdasarkan statistik di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, bermula 1 Ogos 2005 sehingga 30 Jun 2011, seramai 182,288 mencapai page ADUN untuk melihat dan mandapatkan maklumat mengenai ADUN di Selangor.

    Disamping itu, pegawai di Pejabat DUN juga telah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat terkini mengenai ADUN di kawasan mereka melalui email ke webmaster Laman web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor  untuk dikemaskini.

  2. Adakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menghubungkan laman-laman web ADUN ke dalam laman web rasmi Kerajaan Negeri?

    Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri telahpun mempunyai satu laman web DUN Selangor (http://dun.selangor.gov.my). Laman web ini dibina untuk memudahkan orang awam mendapatkan informasi terkini mengenai DUN Selangor seperti berita, petikan Blog ADUN, Aktiviti/Program DUN, Peta Kawasan dan Hansard. Selain itu, laman web tersebut juga mengandungi maklumat mengenai direktori ADUN, MMKN dan Dewan Negeri Selangor.

    Nilai tambah yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mensinergikan laman-laman web ADUN dengan laman web rasmi kerajaan negeri adalah dengan menambahbaik laman web sedia ada. Selain itu, Facebook, Blog atau Twitter ADUN-ADUN juga boleh di pautkan bagi memastikan rakyat dapat berhubung dengan Kerajaan dan Wakil Rakyat dengan berkesan. Sistem e-aduan juga boleh dilaksanakan menerusi aduan diterima dan dipantau oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan seterusnya dihantar maklumat tersebut kepada ADUN-ADUN kawasan berkenaan.

  3. c) Adakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menghubungkan laman-laman web ADUN ke dalam laman web rasmi Kerajaan Negeri?

    Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri telahpun menyediakan pautan khas ke laman web DUN Selangor di paparan depan Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Dengan adanya pautan tersebut, orang awam tidak perlu lagi mengingati URL (website address) laman web tersebut, mereka hanya perlu klik pada pautan yang disediakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.