Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
228) PROGRAM JOM KE PASARAYA BERSAMA ADN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah program tersebut akan dimulakan dan apakah matlamat yang disasarkan ?
Program Jom ke Pasaraya dilaksanakan bermula pada tahun 2011 selaras dengan Keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor(MTES) yang bersidang pada 30 Jun 2011. Sasaran awal adalah sekurang-kurangnya 50% daripada golongan warga emas yang telah berdaftar melalui sistem Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
-
Sila perjelaskan golongan manakah yang bakal menerima manfaat daripada perlaksanaan program tersebut ?
Golongan yang bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan tersebut adalah golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan berdaftar melalui sistem Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan dan dari manakah dana tersebut diperolehi ?
Dana awal yang akan disalurkan adalah berjumlah RM 5,000,000.00 bagi tahun 2011.
Dana tersebut dibiayai oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).