Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
218) MASALAH KEKURANGAN BUAH KELAPA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini industri kelapa muda dan tua serta apakah potensi masa depannya ?
Keperluan kelapa bagi setahun adalah lebih kurang 500 juta biji. Pengeluaran tempatan adalah sebanyak 90% manakala 10% lagi adalah diimport. Kelapa amat diperlukan terutamanya menjelang hari perayaan. Fenomena peningkatan harga kelapa membuktikan ia sebagai satu komoditi yang tinggi permintaan.
-
Sila huraikan keluasan tanah yang diusahakan dengan penanaman pokok kelapa mengikut susunan daerah ? Sila berikan butir-butir
Keluasan kelapa mengikut daerah adalah seperti berikut :
Daerah Keluasan Kelapa (ha) Gombak/Petaling 6 Klang 3,715 Kuala Langat 752 Kuala Selangor 3,958 Sabak Bernam 14,791 Sepang 60 Hulu Langat 998 Hulu Selangor 82 Jumlah 24,362 -
Sila nyatakan berapakah jumlah permintaan kelapa muda dan tua setiap hari di Negeri Selangor ?
Jumlah permintaan kelapa muda adalah lebih tinggi berbanding dengan kelapa tua iaitu dengan nisbah 2:1. Bagi setiap 500 juta biji yang dijual lebih kurang 330 juta biji dijual sebagai kelapa muda manakala 170 lagi sebagai kelapa tua.