Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

214) DANA KHAS AKTIVISME MAHASISWA DAN BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan dana khas untuk menggalakkan aktivisme mahasiswa dan belia untuk menggarap potensi mereka seperti keusahawanan, kesukarelawan dan kesedaran alam sekitar?

    Hala tuju Negeri Selangor di antaranya ialah untuk memperkasa Pendidikan Tinggi dan di antara objektif yang telah dirangka ialah melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja dan meningkatkan daya kepimpinan mahasiswa.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi tidak meletakkan jumlah khas bagi tujuan ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan dana yang ada kepada mahasiswa dan belia melalui kertas cadangan yang dikemukakan oleh mahasiswa dengan mengambil kira manfaat kepada Kerajaan Negeri.

    Permohonan yang dikemukakan sama ada melalui IPT atau melalui platform yang telah disediakan oleh YB Exco iaitu Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS). Di antara program-program yang telah dilaksanakan melalui MPMS adalah program bakti siswa di Hulu Selangor, di Hulu Langat sempena Program Jelajah GEMS Daerah Hulu Langat di perumahan Asnaf di Subang dan di Hulu Selangor. Mahasiswa juga disediakan dengan program-program pembangunan mahasiswa dengan menggunakan program SPIES sebagai modul.

    Selain itu yang terbaru iaitu Konvokesyen Mahasiswa di mana di dalam konvokesyen tersebut mahasiswa telah berpeluang untuk berdialog dan berinteraksi dengan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan mendengar pembentangan kertas kerja oleh ilmuwan-ilmuwan yang terkenal di seluruh negara bagi membentuk kefahaman dan membina sikap prihatin mahasiswa terhadap masyarakat.

    Untuk aktiviti yang menjurus kepada keusahawanan, Kerajaan Negeri telah menyediakan program pembinaan kerjaya seperti “grooming class” dan “ How to write an effective resume” serta program “Success Stories” bersama tokoh-tokoh yang telah berjaya di dalam bidang-bidang masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.