Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
211) MASALAH PENDUDUK AKIBAT PEMBANGUNAN DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Difahamkan bahawa seramai 250 pekerja Lembaga Getah Malaysia di arah untuk berpindah ke Kota Tinggi , Bukit Kuantan dan Kedah untuk bekerja di pusat penyelidikan LGM di tempat tersebut . Pekerja-pekerja LGM ini akan dihentikan kontrak kerja mereka di LGM , Sg.Buloh akibat pembangunan yang akan dilakukan di LGM. Mereka tidak setuju dengan pemindahan ini . Kerajaan Negeri Selangor mempunyai polisi yang memastikan pekerja ladang ditawarkan rumah jika mereka diberhentikan kerja. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan hak perumahan untuk pekerja-pekerja ini .
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sentiasa memantau mana-mana kawasan ladang yang akan dibangunkan untuk projek perumahan atau komersial di mana perumahan kos rendah akan ditawarkan terlebih dahulu kepada bekas pekerja ladang pada harga RM 35,000 seunit berbanding harga RM 42,000 seunit yang dijual kepada bukan pekerja ladang. Setelah semua pekerja ladang ditawarkan, perumahan kos rendah tersebut akan ditawarkan kepada pihak yang layak untuk membeli.
-
Saya juga difahamkan bahawa Sekolah Tamil LGM , Kuil dan juga Masjid juga akan di ditutup oleh kerana tindakan menghentikan pekerja ini ? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa jua pelan tindakan untuk menawarkan lokasi baru untuk Sekolah Tamil,Kuil dan Masjid tersebut ?
Setiap permohonan projek pembangunan sesuatu kawasan perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Pihak berkuasa tempatan akan memastikan semua infrastruktur atau kemudahan seperti masjid,sekolah, rumah ibadat selain Islam akan dimasukkan dalam pelan pembangunan yang dikemukakan. Sehubungan itu, isu berkaitan tapak untuk kemudahan tidak timbul kerana pihak pemaju wajib menyediakan tapak tersebut dalam permohonan projek pembangunan yang dikemukakan.