Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

202) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program MIMBAR merupakan satu langkah yang baik. Rungutan masyarakat. Proses yang diambil untuk kelulusan agak lama, melepasi 2 bulan. Apakah masalahnya? Huraikan

    Proses pemilihan pada peringkat awal boleh dikatakan sehingga dua bulan. Walaubagaimana pun proses ini telah dibaik-pulih dan secara putaranya kini proses pemilihan hanya memakan masa 2 (dua) minggu selepas sesi temuduga dijalankan. Setiap peserta hendaklah menjalani proses-proses berikut:

    1. Penerimaan borang permohonan secara online, PBT, PKD dan penghantaran terus ke pejabat MiMBAR Selangor (proses akan dijalankan setelah borang permohonan diterima di pejabat MiMBAR Selangor)
    2. Sesi temuduga
    3. Sesi siasatan
    4. Jawatankuasa Pemilihan
    5. Tawaran pinjaman diberikan
    BIL AKTIVITI ANGGARAN HARI
    1. Borang diterima – Temuduga 2 – 5 hari *
    2. Temuduga – Siasatan 2 – 5 hari
    3. Siasatan – J/K Pemilihan 2 – 5 hari
    4. J/K Pemilihan – Tawaran 2 – 4 hari
      Anggaran hari 6 – 14 hari **

    *proses dijalankan setelah borang permohonan diterima oleh Pejabat MiMBAR Selangor.

    **KPI 14 hari dikira selepas sesi temuduga dijalankan.

    Masalah yang dihadapi pada permulaan operasi MiMBAR termasuklah;

    • Sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai dan borang yang diterima telah mencecah lebih daripada 5,300 pemohonan. Memandangkan kakitangan yang terhad terdapat sedikit ‘back-log’ di dalam proses ini.

    Penyelesaian/Tindakan: Kakitangan telah ditambah terutama di bahagian pemilihan peserta. Di samping itu, sistem proses pemilihan telah ditingkatkan bagi memudah dan mempercepatkan proses pemilihan melalui sistem zon.

    • Kebanyakan borang dihantar di Pusat Khidmat DUN (PKD) dan PBT dikumpul dahulu dan akan dihantar atau dikutip oleh pegawai MiMBAR. Ini menyebabkan banyak masa terbuang di PKD sehingga berbulanbulan.

    Penyelesaian/Tindakan: PKD diminta TIDAK lagi mengumpul borang terlalu lama dan diminta dihantar atau memberitahu MiMBAR untuk mengutip dengan kadar segera tanpa perlu menunggu borang-borang yang lain.  KPI proses pemilihan diambil kira 14 hari selepas tarikh temuduga dijalankan.

  2. Proses kelulusan meremehkan dan pegawai penemu duga kurang pengalaman. Apakah penjelasan kerajaan dalam perkara ini

    Proses pemilihan terpaksa dibuat melalui lima (5) proses tapisan dan ianya boleh dianggap ‘meremehkan’. Walaubagaimana pun, perkara ini terpaksa dilakukan bagi memastikan setiap peserta ditapis dan diteliti serapi mungkin, dan hanya peserta yang benar-benar layak sahaja yang akan diberikan pinjaman mengikut matlamat asal program ini diwujudkan.

    Tapisan-tapisan ini dibuat kerana berdasarkan pengalaman yang telah dilalui sepanjang melaksanakan program ini;

    • Terdapat peratus yang tinggi daripada kalangan pemohon yang cuba menipu dan tidak jujur dalam memberi maklumat semasa mengisi borang, temuduga dan siasatan. Oleh kerana itu, pegawai temuduga hendaklah menemuduga peserta secara tulus bagi memastikan peserta yang dipilih adalah orang yang benar-benar layak disamping menjalankan dasar workfare seperti yang telah dihebahkan.
    • Terdapat juga peratus yang tinggi pemohon bermasalah, terutama hutang along yang melampau, yang tidak dapat dibantu dan tidak termasuk di dalam sasaran utama MiMBAR SELANGOR. Kepada mereka ini, pinjaman mikrokredit adalah ibarat mencurah garam di laut dan agak pasti tidak berniat untuk memulang semula pinjaman kerana penyakit hutang yang tidak dapat dikawal
    • Terdapat ramai di kalangan pemohon yang cuba mengambil kesempatan memohon walaupun sedia maklum mereka tidak layak meminjam dan bukan di kalangan golongan miskin bandar, dan sebahagian mereka berpendapatan RM5,000-RM10,000 tetapi atas nama parti atau memegang jawatan tertentu di dalam parti memohon MiMBAR memberi kelonggaran walaupun bersalahan dengan matlamat asal program ini dan cuba mengambil hak rakyat miskin bandar.

    Penyelesaian/Tindakan:  Pihak MiMBAR akan terus melakukan proses tapisan ini dan akan memperbaiki dengan lebih teliti supaya ianya lebih efektif dan efisyen berdasarkan kelayakan (‘merits’), dan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin (buat masa ini KPI yang ditetapkan adalah 14 hari sesudah temuduga).

    Tanggapan pegawai temuduga kurang berpengalaman adalah kerana masalah komunikasi semasa sesi temuduga dijalankan.  Pelbagai soalan yang dianggap ‘common’ akan ditanya bagi memastikan peserta berkenaan benar-benar layak memohon pinjaman MiMBAR Selangor.  Soalan-soalan ‘common’ dan ‘standard’ ini adalah amat penting bagi pihak pengurusan MiMBAR Selangor meneliti setiap permohonan.

    Penyelesaian/Tindakan: Dari semasa ke semasa pihak pengurusan MiMBAR Selangor akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan yang dilaksanakan dengan mengadakan latihan yang bersesuaian.

  3. Apakah Ôstandard operation procedureÕ yang diguna pakai semasa temu duga?

    Standard operation procedure’ (SOP) yang digunapakai semasa proses permohonan adalah seperti yang dinyatakan di brosur dan borang asas MiMBAR

    SELANGOR.

    • Secara ringkasnya SOP temuduga tersebut adalah seperti berikut;
      1. Pegawai temuduga menerima borang yang telah selesai tapisan pertama.
      2. Pegawai membuat panggilan kepada pemohon untuk menetapkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk temuduga.
    • Pegawai menggunakan borang temuduga yang telah disediakan termasuk soalan-soalan lazim yang akan digunakan. Borang tersebut mestilah diisi sepenuhnya termasuk ulasan dan cadangan mengenai pemohon.
    1. Setelah pemohon dikumpulkan di PKD, suatu taklimat ringkas akan diberikan bagi memberi penjelasan asas mengenai MiMBAR SELANGOR dan proses temuduga yang akan dijalankan.
    2. Memberi salinan soalan lazim (‘FAQ’) kepada PKD atau terus para peserta yang menunggu.
    3. Meminta para pemohon mengisi borang profil atau butiran lengkap pemohon sebelum ditemuduga.
    4. Membuat temuduga mengikut soalan yang disediakan dan latihan yang diberikan. Pelbagai soalan yang ditanya adalah bagi memastikan pemohon benar-benar layak.
    5. Memastikan setiap temuduga adalah di antara 10-20 minit setiap seorang.
    6. Memberi keterangan lanjut sekiranya pemohon masih tidak memahami program atau perjalanan proses pemilihan.
    7. Garis panduan asas dan keutamaan MiMBAR semasa proses temuduga

    adalah seperti berikut;

    1. Melepasi syarat-syarat asas yang ditetapkan
    2. Ibu tunggal atau ibu tinggal yang berniaga yang mempunyai tanggungan yang ramai
    3. Rakyat miskin bandar yang mempunyai tanggunggan yang ramai
    4. Warga asal Selangor (KP nombor 10/43 di tengah-tengah)
    5. Peniaga-peniaga yang telah menjalankan perniagaan, agak stabil, mempunyai pendapatan harian, mingguan atau bulanan dan mampu membayar balik pinjaman MiMBAR yang di luluskan nanti.
    6. Garispanduan sampingan termasuklah;

    Memastikan peserta menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang ada berkemampuan untuk berkembang jika mendapat tambahan modal. Definasi perniagaan di sini adalah sebarang aktiviti yang dapat menjana tambahan pendapatan kepada keluarga berkenaan.

    1. Keutamaan pertama golongan peniaga peniaga kecil yang menjadikan perniagaan mereka sumber pendapatan utama keluarga.
    2. Kedua, golongan peniaga peniaga di mana si suami atau si isteri mempunyai pekerjaan tetap, bergaji bulanan dan pasangan masingmasing menjalankan perniagaaan sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.
    3. Ketiga, golongan pekerja bermajikan tapi berusaha menjalankan perniagaan sampingan untuk menambah pendapatan keluarga setelah keluarga bertambah besar.
    4. Keempat, golongan peniaga-peniaga yang telah lama berniaga dan telah sampai ke satu tahap di mana perniagaan mereka telah stabil tetapi tidak berdaya maju ke hadapan kerana tidak ada pengetahuan di dalam pengurusan kewangan. Peniaga-peniaga golongan ini tidak akan mendapat bantuan Institusi Perbankan kerana tidak ada kemampuan untuk mengendali/menyediakan akaun perniagaan masing masing.  MiMBAR akan cuba membantu dalam urusan pengendalian akaun peniaga ini dengan mencari/menggalakkan supaya mengikuti kursus Pentadbiran Kewangan yang asas sesuai dengan usaha peniaga peniaga berkenaan.
    5. Dalam prosess temuduga keperluan utama adalah untuk mengetahui akan jenis perniagaan, kemampuan modal, perolehan pendapatan dan pengetahuan perniagaan yang di jalankan. Proses temuduga juga diharap dapat meneliti kemampuan peniaga ini dan apakah bantuan yang betul-betul diperlukan.  Jika bantuan modal tambahan diharapkan, pegawai temuduga mestilah membuat satu kesimpulan samaada peniaga ini berkemampuan membayar balik pinjaman ini.  Ini dapat disimpulkan melalui proses soal jawab dengan peniaga ini tentang tabiat perbelanjaan harian, keperluan harian sekeluarga dan hutang-piutang yang masih dipikul oleh peniaga tersebut.

    Hasil dari temuduga ini dapat membantu pegawai siasatan untuk membuat pemantauan keadaan tempat tinggal dan tapak perniagaan peserta yang memohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.