Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
197) KAWASAN PERUMAHAN DAN PADANG TIDAK DIURUSTADBIR DENGAN BAIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kebanyakan padang dan kawasan permainan di taman-taman Kawasan DUN Meru terabai dengan permainan yang rosak, padang tidak dikawal selia dengan penanaman pokok kekal oleh penduduk , sampah sarap dsbnya. Apakah tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan seperti ini?
Tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan berikut adalah:-
- Menjalankan pemantauan terhadap kontraktor yang dilantik untuk menjalankan pembersihan kawasan.
- Tindakan penguatkuasaan terhadap penduduk setempat agar tidak membuang sampah di kawasan permainan.
- Notis dan kompaun diberikan kepada pesalah yang membuang sampah di merata tempat.
-
Apakah langkah drastik bagi mengembalikan ÒTamanku SyurgakuÕ dalam meningkatkan kualiti taman perumahan di Selangor.