Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.

    Jabatan telah melantik syarikat untuk mengawal aset kerajaan mengikut kemampuan peruntukkan. Maklumat tahap sekolah seperti berikut :

    BIL TAHAP SEKOLAH JUMLAH
    1. Sekolah Ren.Agama Integrasi 11 Buah
    2. Maahad Tahfiz Sains & Teknologi 2 Buah
    3. Sekolah Rendah Agama 31 Buah sekolah
    4. KAFA / Sekolah Agama Rakyat Tiada
    5. Prasekolah Tiada

    Mengikut kemampuan peruntukkan.

  2. Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?

    Hanya sebuah sekolah iaitu SRA Sijangkang Jaya yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa kerana Sekolah melaksanakan 1 sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekolah yang melaksana 2 sesi pengajaran dan pembelajaran , pengawal keselamatan yang bertugas hanya dari jam 6.00 petang hingga 7.00 Pagi. Ini disebabkan pada jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan warga sekolah ada di kawasan sekolah. Tujuan pelaksanaan dasar ini untuk dilaksanakan supaya banyak bilangan sekolah dapat perkhidmatan pengawal walaupun tidak 24 jam.

    Tiada pengawal keselamatan di SAR ( KAFA Integrasi)

Lampiran

Tiada Lampiran.