Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
173) MIMBAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah orang pemohon Skim Mikrokredit MIMBAR dan berapakah orang yang telah mendapat kelulusan?
Jumlah permohonan MiMBAR adalah sebanyak 5,360 pemohon dan permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 1,048 orang.
-
Sila nyatakan pecahan mengikut kaum yang telah berjaya mendapat pinjaman Mikrokredit ini.
Bilangan peserta berjaya mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:
BIL ETNIK/KAUM PERMOHONAN DITERIMA PESERTA BERJAYA PERATUSAN (%) BERJAYA 1 MELAYU 4,458 943 89.90 2 INDIA 744 79 7.54 3 CINA 157 25 2.39 4 ORANG ASAL 1 1 0.10 JUMLAH 5,360 1,048 100.00 -
Memandangkan kurangnya sambutan kaum cina, apakah langkah2 kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan ini?
Sepanjang perlaksanaan Program MiMBAR SELANGOR ini rata-rata sambutan dari kalangan kaum Cina amatlah kurang memuaskan. Berbagai langkah promosi telah cuba dilakukan walaupun hasil sambutan sehingga kini masih berkurangan.
Antara langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan ini adalah;
- Mendapatkan bantuan daripada pegawai-pegawai MES dan PKD setiap kawasan untuk giat menyebarkan maklumat kepada penduduk terutama berbangsa Cina. Memandangkan borang-borang permohonan telahpun diberikan kepada setiap DUN, adalah diharapkan mereka menjalankan tanggungjawab mencari seramai mungkin peserta-peserta berbangsa Cina untuk memohon pinjaman MiMBAR.
- Pihak MiMBAR akan membantu secara langsung dalam menyampaikan taklimat dan penerangan lanjut disamping menjalankan sesi soal jawab antara rakyat.
- Mengedarkan brosur dan iklan dalam bahasa Cina dan akan disampaikan di sasaran miskin bandar berbangsa Cina
- Taklimat dan program diadakan di kawasan Kg. Baru Cina dan penempatan rakyat miskin berbangsa Cina melalui penyelaras dun di kawasan PBT-PBT terbabit
- Salah satu isu yang timbul pula adalah permasalahan komunikasi yang mana ia diambil penting untuk berkomunikasi dengan rakyat cina. Oleh itu, pihak MiMBAR Selangor akan mengambil kakitangan berbangsa Cina yang mahir bertutur dan menulis sekurang-kurangnya Cantonise dan Mandarin (iklan jawatan kosong telah dikeluarkan di Sin Chiew Jit Poh telah dikeluarkan pada 25hb Jun 2011) untuk memberi taklimat, membuat ‘roadshow’, menemuduga dan menyiasat sasaran bangsa Cina yang tidak mahir berbahasa Melayu atau Inggeris