Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
171) PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengawal selia pembangunan tanpa kelulusan yang terdapat di kawasan luar bandar seperti tanah pertanian , kampung tradisi dan kampung baru?
Pembangunan tanpa kelulusan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ditadbir dan dikawal oleh PBT melalui penguatkuasaan di bawah Akta 172. Aktiviti – aktiviti yang boleh diambil tindakan adalah kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan seperti kegunaan tanah dan bangunan yang dijalankan tidak mematuhi Rancangan Tempatan, pemajuan tanpa kebenaran merancang dan pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang.
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memasukkan semua kawasan luar bandar ke dalam kawasan penguatkuasaan PBT?
Semua kawasan / tanah di kawasan Daerah di Negeri Selangor telah disusun semula dan dimasukkan di bawah pentadbiran PBT.
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pembangunan eko-pelancongan tanpa kebenaran di tepi sungai?
Setiap Pembangunan eko-pelancongan sama ada di tepi sungai atau sebaliknya perlu mendapat kebenaran merancang daripada PBT. Pemajuan tersebut perlu mematuhi Garis Panduan dan Piawaian Pembangunan Dalam Koridor Sungai dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Negeri Selangor di mana hanya aktiviti pasif yang tidak mengancam pokok bakau dibenarkan dan struktur binaan yang mengunjur ke dalam sungai perlu mendapat kelulusan JPS. Sekiranya aktiviti ekopelancongan tersebut dijalankan tanpa kebenaran, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172 boleh dikenakan kepada pemilik tanah.