Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

166) PERUNTUKAN DARI MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setiap kawasan Dewan Negeri Selangor diperuntukkan RM 1 juta bagi memperbaiki jalan-jalan di kawasan Dewan Negeri. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi Negeri Selangor?

    Jumlah terimaan peruntukan MARRIS bagi Negeri Selangor sehingga Jun 2011 ialah sebanyak RM175,829,970.00. Perincian bagi jumlah terimaan dari tahun 2007 adalah seperti di bawah :-

    TAHUN JUMLAH TERIMAAN (RM)
    2007 276,723,369.00
    2008 300,966,292.00
    2009 315,627,131.00
    2010 351,659,938.00
    2011 sehingga bulan Jun 2011 175,829,970.00
  2. Ada kekeliruan antara pihak PBT di dalam menentukan tempat-tempat bagi memperbaiki jalan. Apakah keutamaan yang patut diberi tumpuan?

    Sebaik sahaja ADN mencadangkan senarai kerja-kerja, ADN akan berbincang bersama-sama PBT yang berkenaan untuk penyediaan ‘Bill Of Quantity” (BQ) dan anggaran kos setiap cadangan kerja-kerja. Persefahaman ini yang akan menjadi asas utama dalam memastikan keperluan dan keutamaan setiap cadangan kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Keutamaan yang diberi tumpuan adalah penyelenggaraan jalan, pembaharuan muka jalan serta kerja-kerja tampalan jalan-jalan sedia ada. selain daripada itu, pembaikan dan penyelenggaraan bagi longkang yang telah rosak juga diberi keutamaan.

  3. Adakah ahli dewan negeri berhak menentukan tempat dibaiki jalan, kontraktor dan jumlah peruntukan?

    Setiap ADN diberi tanggungjawab untuk mencadangkan senarai kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang kepada PBT yang terlibat. bagi proses pelantikan kontraktor pula adalah menjadi tanggungjawab PBT untuk melaksanakannya dengan mematuhi prosedur dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Untuk makluman, siling peruntukan bagi kerja-kerja di bwah peruntukan MARRIS telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu sejumlah RM1 juta bagi setiap DUN. Maka, ADN hanya diberi hak bagi penentuan cadangan senarai kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.