Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
160) AUDIT TERHADAP PKNS INFRA BHD
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk kepada Usul No. 16 tahun 2010 berkenaan ÓAudit terhadap PKNS Infra BhdÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?
Tiada berkaitan.
-
Apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil terhadap Excelon Sdn Bhd?
Langkah-langkah strategik yang telah diambil oleh Excelon ialah dengan meneroka dan mengkaji peluang dalam bidang-bidang perniagaan lain yang berdaya maju untuk menyediakan asas pendapatan yang kukuh dan memastikan survival
Antara bidang-bidang yang telah dikenalpasti mempunyai potensi dan sedang dipertimbangkan untuk membuat pelaburan adalah seperti berikut:-
i) Perubatan dan teknologi penjagaan kesihatan
Menjadi pengedar/pembekal secara usahasama produk dan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang menyediakan penyelesaian berteknologi yang tidak berasaskan dadah dan kurang pembedahan kepada pesakit yang meliputi pasaran Malaysia dan beberapa buah negara di rantau Asia Pasifik (Jenama dari Kanada : Theralase dan Genesis).
Cadangan perniagaan tersebut kini sedang dalam peringkat untuk mendapatkan kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah PKNS.
Rasionalnya bagi cadangan tersebut adalah seperti berikut:
Excelon Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada PKNS Infra Berhad (milikan sebanyak
85% oleh PKNS). Modal berbayar adalah sebanyak RM100,000. Tujuan asal penubuhan Excelon adalah untuk menjalankan perniagaan yang berasaskan bidang penyelenggaraan bangunan, pembinaan dan lanskap.
Anggapan bahawa Excelon telah mengalami kerugian selepas sembilan (9) tahun beroperasi adalah tidak benar. Sebaliknya Excelon tidak pernah mengalami sebarang kerugian sejak dari tarikh penubuhan. Keuntungan bagi lima (5) tahun kewangan yang terakhir adalah seperti berikut :
Tahun Keuntungan (RM)
2008 102,578
2009 30,507
2010 25,544
2007 44,162
2006 50,236
Jumlah keuntungan terkumpul sehingga 31 Disember 2010 adalah RM407,421.00
Namun begitu perniagaan Excelon dalam bidang-bidang tersebut tidak dapat berkembang dengan pesat disebabkan oleh faktor-faktor seperti keadaan pasaran yang terlalu kompetitif dan peluang yang terhad berikutan masalah kekangan dari segi urusan pelesenan PKK iaitu pertindihan bidang antara Excelon dan PKNS Infra bagi bidang pembinaan serta polisi semasa kerajaan (sebagai contoh : polisi pengambilan pekerja asing).
Selain dari itu, bidang pembinaan, penyelenggaraan dan lanskap merupakan bidang di mana peluang Excelon adalah amat bergantung kepada tawaran kerja/tender oleh pihak lain atau pelanggan. Dengan menceburi bidang lain yang mana peluang penawaran perkhidmatan/ produk boleh dicipta oleh Excelon sendiri, memudahkan Excelon untuk bergerak maju dan membina potensi yang lebih luas untuk berjaya.
-
Berapakah kos operasi Excelon Sdn Bhd, jika ada, sepanjang tahun 2009-2010?
Kos operasi Excelon bagi tahun 2009 adalah RM77,518 dan RM51,739 bagi tahun 2010.