Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
159) MEWUJUDKAN SEBUAH BANDAR BAGI KAUM CINA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sebarang perancangan untuk mempunyai satu Bandar bagi kaum Cina seperti ÒChina TownÓ pada masa hadapan?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan satu Bandar bagi kaum Cina seperti “China Town”.
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai satu Bandar Cina (China Town) tersebut?
Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai Bandar Cina (China Town) memandangkan tiada perancangan atau keperluan bagi mewujudkan Bandar tersebut di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membuka sebuah Bandar Cina (China Town) untuk menarik lebih ramai para pelancong ke Negeri Selangor ini?
Memandangkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan sebuah Bandar Cina (China Town) di Negeri Selangor, tiada langkahlangkah yang khusus diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membuka Bandar tersebut. Walau bagaimanapun, penubuhan Kampung-Kampung Baru Cina di sekitar Negeri Selangor sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan sebuah Bandar Cina dalam nisbah yang lebih kecil di samping menjadi tarikan pelancong ke Negeri Selangor seperti Kampung Baru Tanjung Sepat di Daerah Kuala Langat.