Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
152) SEKOLAH KAFA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai inventori infrastruktur asas sekolah- sekolah tersebut yang pada pemerhatian saya agak kurang sempurna
JAIS belum ada inventori infrastuktur asas untuk sekolah KAFA Integrasi. Walaubagaimanapun program Multaqo (inventori masalah sekolah KAFA) saban tahun diadakan bersama Pengerusi Jemaah pengurusan Sekolah dan Ketua Guru KAFA.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menaikkan lagi taraf sekolah tersebut.
Perancangan Kerajaan Negeri dalam menaikkan taraf sekolah tersebut ialah :
- Menaiktaraf sekolah KAFA yang dhaif kepada SRA seperti :
- KAFA Kg Baiduri Kg Tunku
- KAFA Al-Misbah Bandar Kinrara
- KAFA Seksyen 24 Shah Alam
- Menyokong permohonan bantuan Modal ( Pembinaan ) sekolah KAFA kepada Kementerian Pelajaran malaysia.
- Meluluskan permohonan menduduki tanah-tanah JAIS untuk didirikan bangunan KAFA, contoh – KAFA Subang Bestari
- Menyokong permohonan KAFA Integrasi untuk kelulusan kebenaran merancang kepada pihak PBT.
- JAIS berusaha bersama Ahli Jemaah Pengurusan sekolah untuk menggunakan premis Sekolah Kebangsaan sebagai kelas KAFA integrasi sama ada sesi pagi atau petang. Guru Besar sekolah Kebangsaan menjadi Pengerusi Jemaah Pengurusan sekolah ,contoh: KAFA Integrasi Sg Kapar indah klang yang beroperasi di sekolah kebangsaan Sg Kapar Indah
- Menaiktaraf sekolah KAFA yang dhaif kepada SRA seperti :