Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
143) MARRIS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini, secara keseluruhan berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi penyelenggaraan infrastruktur ini.
Untuk makluman Y.B. peruntukan MARRIS yang disalurkan adalah bertujuan untuk menyelenggara jalan dan longkang di bawah seliaan PBT. Pada tahun 2011, sehingga bulan Jun sejumlah RM49,957,438.97 telah disalurkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan tidak termasuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Ini kerana pihak MDHS masih lagi tidak mengemukakan senarai cadangan kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS.
Pecahan peruntukan yang disalurkan adalah seperti yang berikut:-
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN KOS (RM) 1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 3,288,050.00 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 5,570,749.85 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 4,050,200.00 4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 8,169,554.00 5. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 5,481,048.22 6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 4,837,670.00 7. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 3,971,340.50 8. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 3,371,277.40 9. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 4,164,710.00 10. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 4,923,072.00 11. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 2,129,767.00 JUMLAH KESELURUHAN 49,957,438.97 -
Apakah peranan yang dimainkan oleh setiap orang ADUN dalam pelaksanaan program ini.
ADN setiap kawasan diberi tanggungjawab untuk mencadangkan senarai kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana, setiap ADN lebih peka mengenai pembangunan kawasan masing-masing. Untuk makluman Y.B. juga, setiap ADN diberikan sejumlah RM1 juta bagi satu DUN dan peruntukan tersebut akan disalurkan kepada PBT yang berkenaan bagi tujuan pelaksanaan.
Maklumat tambahan bagi jumlah peruntukan yang telah disalurkan di bawah peruntukan
MARRIS:-
BIL. TAHUN KOS (RM) 1. 2011 *49,957,438.97 2. 2010 61,887,960.00 3. 2009 76,000,000.00 4. 2008 130,000,000.00 5. 2007 50,538,740.00 *sehingga Jun 2011