Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
141) PREMIUM TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Didapati kadar premium tanah naik mendadak dalam kes di daerah Kuala Selangor. Bagaimanakah perkara ini terjadi dan apakah justifikasi kenaikan tersebut?
Berdasarkan rujukan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, nilaian tanah akan berubah-ubah setiap enam (6) bulan. Nilaian tanah ditentukan oleh keadaan tapak, bentuk muka bumi, keadaan tanah, lokasi dan kawasan tanah tersebut berada.
Nilaian tanah naik mendadak adalah disebabkan oleh pembangunan dan kemajuan sesuatu tempat yang sedang meningkat maju dan bukan disebabkan masalah kewangan tetapi faktor peningkatan pembangunan di kawasan tersebut.
-
Apakah implikasi kenaikan tersebut terhadap rakyat?
Implikasi kenaikan premium tersebut akan membebankan rakyat. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan skim baru pemilikan tanah kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian.
-
Adakah kerajaan negeri terdesak dari segi kewangan sehingga hilang budi bicara terhadap rakyat?
Kerajaan tidak terdesak dari segi kewangan dan telah pun memperkenalkan bayaran premium RM 1,000.00, walaupun bayaran sebenarnya adalah lebih tinggi.